Perbezaan antara semakan "Menteri Besar dan Ketua Menteri di Malaysia"

pembetulan kecil
(pembetulan kecil)
Gelaran jawatan ini diwujudkan oleh Kerajaan British pada tahun 1948 ketika [[Persekutuan Tanah Melayu]] mula dibentuk tetapi semasa kesultanan Melayu dahulu jawatan yang seumpama dengannya dikenali sebagai Bendahara. Tetapi bagi sesetengah negeri seperi Johor, jawatan Menteri Besar telah lama wujud sebagaimana tertakluk di dalam [[Undang-undang Tubuh Negeri Johor]], iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan dan dilantik sendiri oleh Sultan terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan negeri.
 
Nama jawatan Menteri Besar adalah mengambil nama yang digunakan di negeri [[Johor]] bagi tujuan penyeragaman. Sebelum itu pelbagai nama telah digunakan seperti Perdana Menteri Malaysia di negeri Kelantan.
 
Selepas merdeka, jawatan Menteri Besar dipilih daripada parti yang mendapat majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selepas setiap kali Pilihanraya diadakan.