Penterjemahan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k kemas kini
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k teori terjemahan
Baris 4:
 
Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan perkembangan [[teknologi]], penterjemahan sudah boleh dibantu dengan mesin, iaitu [[penterjemahan mesin]].
 
==Teori terjemahan==
Teori terjemahan dikemukakan awal oleh [[Etienne Dolet]] (1509-1546) pada awal tahun 1540. Prinsip-prinsipnya adalah:
* Penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks asal.
* Penterjemah mestilah menguasai dengan baik bahasa asal dan bahasa penerima terjemahan itu.
* Penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan oleh sebab perbuatan itu akan merosakkan makna asal teks tersebut dan menyebabkan terjemahan itu tidak indah dibaca, walhal teks asalnya mungkin sangat sedap dan mudah dibaca.
* Penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan di dalam bahasa penerima untuk menggantikan bentuk-bentuk bahasa asalnya.
* Penterjemah mestilah mencipta semula kesan dan semangat keseluruhan teks asal.
Dolet juga menyatakan bahawa amat penting untuk seorang penterjemah mengetahui semangat dan tujuan pengarang asal. Selain itu, beliau juga menyeru para penterjemah supaya tidak melakukan kesilapan [[terjemahan harfiah]]. Kaedah yang terbaik adalah dengan menterjemah menggunakan gaya bahasa harian. Kaedah ini amat sesuai terjemahan untuk pembacaan orang awam. Manakala menurut beliau unsur [[stilistik]] penting hanya untuk terjemahan yang serius sahaja.
 
== Prinsip penterjemahan ==