Siang (astronomi): Perbezaan antara semakan

1,500 bait ditambah ,  9 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
(Mencipta laman baru dengan kandungan 'thumb|right|Cahaya siang Bumi pada 13:00 UTC, 2 April. Di Bumi, '''siang''' secara kasarnya ialah tempoh mana-mana tempat di per...')
 
Tiada ringkasan suntingan
[[Image:Earth-lighting-summer-solstice EN.png|thumb|right|Siang Bumi, Solstis Utara]]
[[Image:Earth-lighting-winter-solstice EN.png|thumb|right|Siang Bumi, Solstis Selatan]]
 
Oleh sebab paksi putaran Bumi condong pada lebih kurang 23.5 darjah dari garis tegak lurus (berbanding satah orbitnya), panjang tempoh hari siang berubah seiring [[musim]] di permukaan Bumi bergantung kepada [[latitud]] sipemerhati. Kawasan-kawasan yang mengalami musim panas menyenget terhadap Matahari. Sengetan ini meningkatkan sinaran suria langsung dan menyebabkan lebih separuh hari diterangi cahaya dan suhu yang lebih tinggi. Sementara tambahan cahaya dapat meningkatkan kenaikan suhu pada musim panas, sebahagian besar kenaikan ini disebabkan sinaran suria langsung dan bukan pertambahan cahaya siang hari. Sudut Matahari yang tinggilah (dekat 90 darjah) penyebab kepanasan kawasan tropika dan sudutnya yang rendah (hanya sedikit di atas ufuk) pula mendatangkan kesejukan kawasan-kawasan kutub. Hakikat yang tempoh cahaya siang tidak mendatangkan kesan terhadap suhu dapat dilihat daripada kesejukan kawasan-kawasan kutub kendatipun kawasan-kawasan tersebut menerima cahaya suria selama 24 jam pada musim panas, sementara kawasan khatulistiwa masih panas walaupun hanya mendapat cahaya suria selama 12 jam.
 
Walaupun panjang waktu siang tetap 12 jam di Khatulistiwa pada semua musim, di latitud lain pula panjang waktu siang berubah dengan perubahan musim. Sewaktu musim sejuk, tempoh siang kurang daripada 12 jam; pada musim panas pula, ia lebih daripada 12 jam. Apabila musim panas berlaku di kawasan ke utara Khatulistiwa, musim sejuk berlaku di selatan Khatulistiwa, dan sebaliknya.
 
 
[[Kategori:Masa dalam astronomi]]