Siang (astronomi): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Image:Daylight.png|thumb|right|Cahaya siang Bumi pada 13:00 UTC, 2 April.]]
 
Di [[Bumi]], '''siang''' secara kasarnya ialah tempoh mana-mana tempat di permukaan [[planet]] ini yang diterangi secara alami oleh [[cahaya matahari]] secara langsung ataupun tidak langsung.
 
Planet lain yang berputar mengelilingi sebuah primer seperti [[bintang]] tempatan, juga mengalami "siang", akan tetapi rencana ini menumpukan perhatian kepada siang yang di alami di Bumi.
Baris 9:
Lebih kurang separuh daripada Bumi diterangi oleh [[Matahari]]. Kawasan yang diterangi secara langsung ialah hampir setengah planet; akan tetapi, oleh sebab kesan [[atmosfera]] dan kesan-kesan lain yang memanjangkan kesan cahaya tidak langsung, kawasan Bumi yang disinari cahaya secara langsung ataupun tidak langsung sebenarnya lebih sedikit daripada setengah planet.
 
Sfera Bumi yang mengalami "siang" pada bila-bila masa setiasasentiasa berubah seiring dengan putaran planet pada paksinya. Paksi putaran Bumi tidak persis garis serenjang dengan satah [[orbit]]nya mengelilingi Matahari (yang selari dengan arah cahaya matahari), jadi panjang tempoh siang berubah dari satu tempat ke tempat yang lain di planet ini. Tambahan, oleh sebab paksi putaran Bumi itu tetap berbanding bintang-bintang, ia bergerak relatif Matahari semasa planet Bumi mengelilingi bintang itu (Matahari). Keadaan ini menimbulkan variasi panjang waktu siang pada musim di kebanyakan tempat di permukaan Bumi.
 
Tempoh siang dari segi pemerhati di permukaan Bumi ditakrifkan secara kasar sebagai tempoh antara waktu terbit matahari apabila putaran Bumi ke timur mula-mula menyebabkan kemunculan cakera Matahari di atas ufukmufuk hinggalah ke waktu terbenam matahari, apabila putaran Bumi yang berterusan menyebabkan cakera Matahari jatuh ke bawah ufuk di barat. Oleh sebab Matahari kelihatan seolah cakera bercahaya dan tidak sebagai titik cahaya apabila dilihat dari Bumi, kedua-dua waktu matahari terbit dan terbenam tidak berlaku dengan serta-merta dan definisi tepat kedua-dua kejadian itu boleh berubah mengikut konteksnya. Lagi, atmosfera Bumi membaurkan cahaya dari Matahari dan memanjangkan tempoh matahari terbit dan terbenam. Buat seketika waktu selepas matahari terbenam dan sebelum matahari terbit, cahaya tak langsung dari Matahari menerangi langit di Bumi; waktu ini lazimnya disebut waktu ''[[senjakala]].'' Beberapa golongan ahli astonomi tidak menerima waktu siang itu betul-betul sudah berakhir sehinggalah cakera Matahari itu betul-betul di bawah ufuk Bumi ekoran cahaya yang tidak langsung ini.
 
== Variasi waktu siang dengan latitud dan musim ==