Royal Selangor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Royal Selangor''' adalah sebuah produk barangan piuter yang terkenal di [[Malaysia]] dan di seluruh dunia. Sebelum itu ia dikenali sebagai '''Selangor Pewter''' dan pada tahun 1992 atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ketika itu Almarhum [[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah|Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah]]. Namanya diubah menjadi '''Royal Selangor'''.
==Sejarah==
Royal Selangor Pewter atau nama asalnya adalah Selangor Pewter diasaskan pada tahun 1885 oleh seorang pendatang China bernama '''Yong Koon''' ({{zh-stp|s=杨坤|t=楊坤|p=yáng kūn}}). Pada abad ke 18 kebanyakan barangan pewter terdiri daripada bekas colok dan pemegang lilin bagi pasaran timur. Dengan kedatangan British, bekas abu rokok, teacawan teh dan cawan arak (tankards) turut dihasilkan.
 
Royal Selangor Pewter mula memasuki pasaran eksport pada tahun 1970-an iaitu menembusi pasaran luar seperti [[Singapura]], [[Hong Kong]] dan [[Australia]]. Pada tahun 1980-an, pasaran dikembangka sehingga ke [[Eropah]] dan kemudiannya ke [[Jepun]]. Pada tahun [[1992]], namanya ditukarkan Royal Selangor Pewter untuk menunjukkan pengiktirafan Diraja dan kepelbagaian barangan keluarannya yang merangkumi selain pewter.