Ajai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Harrykamil (bincang | sumb.)
Harrykamil (bincang | sumb.)
Baris 23:
 
==Kehidupan Peribadi==
Ajai berkahwin dengan penyanyi [[Nurul Wahab]] pada tahun 1996 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah. Mereka bergabung sebagai pasangan duet menerusi empat buah album sebelum bercerai pada tahun 2006. Ajai kemudian menikahi pengurus artis yang bernama Liza Borhan pada tahun 2008.
 
==Komposer Terkemuka==
Ajai mula mencipta nama sebagai komposer apabila karya ciptaannya dinyanyikan oleh penyanyi Rem dalam album ''Semua Orang Tahu'' (1997). Sejak itu beliau mula mencipta lagu untuk artis-artis bernama besar seperti Saleem, [[Sheila Majid]] dan [[Siti Nurhaliza]]. Bersama Siti, Ajai terlibat menerusi 3 buah album iaitu [[Pancawarna]] (1999), [[Safa]] (2001) dan [[E.M.A.S]] (2003) di mana gandingan ini berjaya menghasilkan hits unggul seperti ''Kau Kekasihku'' dan ''Percayalah''. Ajai bagaimanapun diingati kerana terlibat dalam usaha menjenamakan semula dua penyanyi berbakat iaitu [[Dayang Nurfaizah]] dan [[Ning Baizura]]. Bersama Dayang, Ajai menerbitkan album dan lagu berjudul ''Seandainya Masih Ada Cinta'' yang menjadi fenomena pada tahun 2001 sekaligus melonjakkan nama Ajai ke peringkat yang lebih tinggi. Ajai juga menghasilkan dua buah hits utama untuk album "comeback" Ning yang berjudul ''Selagi Ada'' pada tahun 2003. Kerjasama bersama dua penyanyi ini membuahkan hasil apabila Ajai menerima anugerah Lagu Terbaik AIM buat kali kedua dan ketiga pada tahun 2002 dan 2004.
 
Pada tahun 2004 Ajai terlibat dalam pembikinan lagu runut bunyi untuk filem ''Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM)'' di mana menyaksikan beliau bekerjasama dengan penyanyi pop terkenal [[Misha Omar]]. Kesemua lagu ciptaan Ajai untuk Misha menjadi hits kerana digunakan sebagai lagu asal filem. Lagu ''Pulangkan'' dan ''Ku Seru'' menghiasi kronologi filem seram PHSM serta lagu ''Riwayat Cinta'' untuk filem ''Gerak Khas 3''. Ajai seterusnya menghasilkan runut bunyi untuk filem-filem seperti ''Kayangan'', ''Waris Jari Hantu'' dan ''1957 : Hati Malaya'' , kesemuanya diterbitkan pada 2007. Lagu-lagu seperti ''Kayangan'', ''Kasih Tercipta'', ''Perlu Kamu'' dan ''Menanti Pasti'' menghiasi filem-filem ini. Pada tahun 2008 hingga 2009 Ajai menyertai barisan tenaga pengajar [[Akademi Fantasia]] musim keenam dan ketujuh sebagai Penasihat Muzik dan Vokal di bawah pengawasan pengetua [[Tiara Jacquelina]] dan Amy Search. Menerusi AF7, Ajai menemui bakat baru bernama Hafiz Suip yang mana beliau berjaya dengan kerjasama lagu-lagu popular seperti ''Noktah Cinta'' dan ''Ku Akui'' pada tahun 2010.
 
Ajai mempunyai syarikat rakaman bernama Wake The Baby yang dibuka pada tahun 2002.
 
==Diskografi==