Ajai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Harrykamil (bincang | sumb.)
Harrykamil (bincang | sumb.)
Baris 33:
 
==Komposer Terkemuka==
Ajai mula mencipta nama sebagai komposer apabila karya ciptaannya dinyanyikan oleh penyanyi Rem dalam album ''Semua Orang Tahu'' (1997). Sejak itu beliau mula mencipta lagu untuk artis-artis bernama besar seperti Saleem, [[Sheila Majid]], [[Kris Dayanti]] dan [[Siti Nurhaliza]]. Bersama Siti, Ajai terlibat menerusi 3 buah album iaitu [[Pancawarna]] (1999), [[Safa]] (2001) dan [[E.M.A.S]] (2003) di mana gandingan ini berjaya menghasilkan hits unggul seperti ''Kau Kekasihku'' dan ''Percayalah''. Ajai bagaimanapun diingati kerana terlibat dalam usaha menjenamakan semula dua penyanyi berbakat iaitu [[Dayang Nurfaizah]] dan [[Ning Baizura]]. Bersama Dayang, Ajai menerbitkan album dan lagu berjudul ''Seandainya Masih Ada Cinta'' yang menjadi fenomena pada tahun 2001 sekaligus melonjakkan nama Ajai ke peringkat yang lebih tinggi. Ajai juga menghasilkan dua buah hits utama untuk album "comeback" Ning yang berjudul ''Selagi Ada'' pada tahun 2003. Kerjasama bersama dua penyanyi ini membuahkan hasil apabila Ajai menerima anugerah Lagu Terbaik AIM buat kali kedua dan ketiga pada tahun 2002 dan 2004. Ajai bertanggungjawab mempopularkan dua penyanyi soul iaitu Deja Moss dan Sarah Raisuddin. Album debut Sarah yang diterbitkan beliau pada tahun 2002 telah memenangi tiga anugerah utama di AIM.
 
Pada tahun 2004 Ajai terlibat dalam pembikinan lagu runut bunyi untuk filem ''Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM)'' di mana menyaksikan beliau bekerjasama dengan penyanyi pop terkenal [[Misha Omar]]. Kesemua lagu ciptaan Ajai untuk Misha menjadi hits kerana digunakan sebagai lagu asal filem. Lagu ''Pulangkan'' dan ''Ku Seru'' menghiasi kronologi filem seram PHSM serta lagu ''Riwayat Cinta'' untuk filem ''Gerak Khas 3''. Ajai seterusnya menghasilkan runut bunyi untuk filem-filem seperti ''Kayangan'', ''Waris Jari Hantu'' dan ''1957 : Hati Malaya'' , kesemuanya diterbitkan pada 2007. Lagu-lagu seperti ''Kayangan'', ''Kasih Tercipta'', ''Perlu Kamu'' dan ''Menanti Pasti'' menghiasi filem-filem ini. Pada tahun 2008 hingga 2009 Ajai menyertai barisan tenaga pengajar [[Akademi Fantasia]] musim keenam dan ketujuh sebagai Penasihat Muzik dan Vokal di bawah pengawasan pengetua [[Tiara Jacquelina]] dan Amy Search. Menerusi AF7, Ajai menemui bakat baru bernama Hafiz Suip yang mana beliau berjaya dengan kerjasama lagu-lagu popular seperti ''Noktah Cinta'' dan ''Ku Akui'' pada tahun 2010.