Mohammad Hatta: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 35:
 
===Di Batavia===
Pada usia 17 tahun, Hatta lulus dari sekolah menengah (MULO) dan kemudian bertolak ke [[Batavia]] untuk melanjutkan pendidikannya di Sekolah Tinggi Dagang Prins Hendrik. Di Batavia, beliau aktif dalam pertubuhan induk Jong Sumatranen Bond (JSB), dan sekali lagi dilantik sebagai Bendahari. Hatta semakin tajam pemikirannya kerana selain daripada diasah dengan berbagai-bagai bacaan serta pengalamannya sebagai Bendahari JSB Pusat, beliau juga mengadakan perbincangan dengan tokoh-tokoh pergerakan asal [[Minangkabau]] yang bermukim di Batavia, serta dengan Bahder Djohan, teman sesama anggota JSB. Pada setiap hari Sabtu, beliau dan Bahder Djohan akan mengelilingi kota dan semasa itu, mereka bertukar-tukar fikiran tentang berbagai-bagai hal mengenai [[tanah air]]. Topik yang kerap merekadibincangkan membincangkanmereka adalah tentang memajukan [[bahasa Melayu]]. Menurut Bahder Djohan, sebuah [[majalah]] perlu dimulakan supaya dapat mencapai maklamat ini. Judul majalah itu telah awal-awal difikirkan oleh Bahder Djohan dan dinamainya ''Malaya''.  Seterusnya, mereka membahagikan kerja, dengan Bahder Djohan menumpukan perhatiannya kepada tugas penyuntingan majalah, manakala Hatta mengutamakan tugas pengurusan dan pembiayaan penerbitan. Namun, ''"Kerana berbagai-bagai hal, cita-cita kami itu tak dapat diteruskan,"''  kata Hatta lagi dalam kisah kenangannya.
 
===Di Belanda===