Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh Nurhajar aswad (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Ameba parasit (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 60:
Pada tahun [[2003]], Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun [[Abdullah Ahmad Badawi]]. Pada [[2004]], UMNO dan [[Barisan Nasional]] mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi. Namun pada 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan [[Pakatan Rakyat]] menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia ([[Kedah]], [[Pulau Pinang]], [[Perak]], dan [[Kedah]]) selain PAS mengekalkan [[Kelantan]].
 
===UMNO Juara Rakyat===
2010 menjadi dimensi baru bagi UMNO Malaysia, yang akan memulakan tahun baru dengan pelancaran program '''UMNO Juara Rakyat'''. Program ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, YAB '''Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak'''.
Sesungguhnya program ini merujuk kepada hasrat UMNO untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.Menerusi program ini juga akan meletakkan UMNO berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan UMNO. Malah jika berlaku malapetaka maka UMNO yang pertama akan datang membantu dan konsep ‘juara’ itu sendiri akan meletakkan pemimpin bekerja dengan lebih keras agar menjadi nombor satu.
 
====Mendahulukan Rakyat Model Transformasi UMNO====
Presiden UMNO,''' Datuk Seri Najib Tun Razak''' pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 telah menggariskan tujuh elemen bertema '''Mendahulukan Rakyat''' sebagai asas pengisian dalam Model Transformasi UMNO untuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 serta memastikan kuasa orang Melayu terus dipertahankan.
======Tujuh Elemen penting tersebut ialah======
* Perlunya mengamalkan sikap mementingkan pasukan dan bukan kumpulan sendiri.
* Ahli dan pemimpin UMNO pada semua peringkat mesti menentukan maruah dan kepentingan parti lebih besar daripada kepentingan diri.
* Ahli dan pemimpin UMNO perlu memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat supaya parti dilihat inklusif.
* Mahir teknologi dengan menguasai media baru, terutama laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
* Memberi tumpuan kepada empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya umum akan datang.
* UMNO mesti menuju sifar masalah, termasuk mengelakkan pertelagahan pada peringkat bahagian; dan
* Amalan mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan.
'''Peranan UMNO Merubah Orang Melayu'''
Presiden Parti juga menekankan peranan UMNO sebagai parti unggul orang Melayu. Antara peranan UMNO adalah seperti berikut:
* Komited untuk melakukan bukan saja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi rumpun Melayu.
* Merubah orang Melayu daripada bangsa tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu British.
* Menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik.
* Kepemimpinan Umno berjaya menjadi teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan pantas seperti dikecapi hari ini.
== Lagu UMNO ==
{|align="center"