Napoleon Bonaparte: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
26 Ramadan (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 7:
* dipulihkan untuk satu tempoh yang singkat sebagai Maharaja dari [[20 Mac]] hingga [[22 Jun]] [[1815]].
 
Selama lebih kurang satu [[dekad]], angkatan-[[angkatan tentera]] Perancis di bawah pimpinannya bertempur dengan hampir setiap kuasa [[Eropah]] (biasanya dengan serentak) dan menguasai kebanyakan [[tanah besar]] barat dan tengah Eropah melalui penaklukan atau perikatan sehingga serangannya terhadap [[Rusia]] yang membawa kecelakaan pada tahun [[1812]]. Serangan ini diikuti oleh kekalahannya dalam [[Perang Leipzig]] pada Oktober [[1813]] yang menyebabkan beliau [[Penurunan dari takhta|turun dari takhta]] beberapa bulan kemudian dan [[buangan]]nya ke pulau [[Elba]]. Beliau mencuba memulihkan nasibnya dalam apa yang dikenali sebagai [[Seratus Hari]] (''les Cent Jours''), tetapi ditewaskan sekali lagi, kali ini secara muktamad dalam [[Perang Waterloo]] di tempat yang kini merupakan [[Belgium]] pada [[18 Jun]] [[1815]], diikuti oleh [[penyerahan kalah]] tidak lama kemudian kepada pihak [[Empayar British|British]] dan buangan ke pulau [[Saint Helena]] di mana beliau meninggal dunia enam tahun kemudian.napolean
 
Walaupun Napoleoan sendiri tidak mengembangkan banyak pembaharuan tentera, selain daripada [[empat segi infantri]] yang dipergunakan di [[Mesir]] serta peletakan [[meriam]] dalam [[penyangga meriam]], beliau mempergunakan taktik yang terbaik daripada pelbagai sumber, dan memodenkan angkatan tentera Perancis untuk mencapai banyak kemenangan yang utama. Kempen-kempennya telah dikaji di akademi-akademi di seluruh dunia dan beliau secara amnya dianggap sebagai salah satu daripada [[komander]] terutama yang pernah hidup. Selain daripada pencapaian tenteranya, Napoleon juga diingati untuk pengasasan [[Kod Napoleon]], dan sesetengah orang pula menganggap beliau sebagai salah satu daripada "[[Pemerintahan kuku besi berihsan|pemerintah kuku besi berihsan]]".
Baris 13:
Napoleon melantik banyak ahli keluarga [[Bonaparte]] serta kawan-kawannya yang rapat sebagai raja-raja untuk negara yang beliau takluk serta sebagai tokoh-tokoh kerajaan (adiknya [[Lucien Bonaparte|Lucien]] menjadi Menteri Kewangan Perancis). Walaupun pemerintahan mereka ini tidak kekal selepas kejatuhan Napoleon, salah seorang [[nefritis]]nya, [[Napoleon III dari Perancis|Napoleon III]], kemudian memerintah Perancis pada [[abad ke-19]].
 
 
--[[Khas:Sumbangan/175.140.89.67|175.140.89.67]] 11:06, 8 Januari 2013 (UTC)'''''Teks condong'''''
== Pautan luar ==
* [http://napoleon.thepodcastnetwork.com Napoleon 101 - Podkas mengenai Napoleon olen pengarang dan pemenang anugerah, J. David Markham]