Perbezaan antara semakan "Kelapa sawit"

31 bait ditambah ,  7 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
'''Kelapa sawit''' terdiri daripada dua [[spesies]] ''[[Arecaceae]]'' atau [[Famili (biologi)|famili]] palma yang digunakan untuk [[pertanian]] komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika, ''Elaeis guineensis'',  berasal dari [[Afrika]] barat di antara [[Angola]] dan [[Gambia]], manakala kelapa sawit [[Amerika]], ''Elaeis oleifera'', berasal dari [[Amerika Tengah]] dan [[Amerika Selatan]].
 
Ia adalah tanaman utama di Malaysia pada masakini. Terdapat seluas 4,691,160 hektar tanaman kelapa sawit di [[Malaysia]] pada tahun 2009 berbanding cuma 642,00 hektar direkodkan pada tahun 1975. Pada masa ini Negeri [[Sabah]] merupakan kawasan utama tanaman sawit di Malaysia (1.362 juta ha atau 29.7%) diikuti denganoleh [[Sarawak]] (0.840 juta hektar atau 16.6% ) dan [[Johor]] (0.712 juta hektar atau 15.32%). Negeri paling kecil mempunyai tanaman kelapa sawit adalah di [[Pulau Pinang]] iaitu cuma 14,000 hektar sahaja. Daripada jumlah keluasan tersebut seluas 2.807 juta hektar kelapa sawit ditanam oleh pihak estet swasta (59.8%) sementara 20.2% dimajukan oleh Skim Kerajaan ([[FELDA]] - 675,167 ha, [[RISDA]]- 80,262 dan [[FELCRA]]- 160,832) , 321,947 hektar (7,1%) oleh Skim Kerajaan Negeri dan bakinya seluas 540,194 hektar (12.98%) oleh pekebun kecil.
 
==Sejarah perkembangan industri sawit==
== Morfologi ==
[[imej:Elaeis guineensis - Köhler–s Medizinal-Pflanzen-056.jpg|thumb|250px|Lukisan botani kelapa sawit.]]
Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 [[meter]] tingginya. [[Daun]]nya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. [[Bunga]]nya berbentuk rumpun yang padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga [[sepal]] dan tiga [[kelopak]]. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa [[pendebungaan]]. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan saudaranya, [[kelapa]], kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. [[Pembiakan]]nya adalah melalui penyemaian biji-biji.
 
Kelapa sawit termasuk [[tumbuhan]] pohon. Tingginya dapat mencapai 24 [[meter]]. [[Bunga]] dan [[buah]]nya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna [[merah]] [[Hitam|kehitaman]]. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya mengandungi [[minyak]]. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan [[minyak goreng]], [[sabun]], dan [[lilin]]. [[Hampas]]nya dimanfaatkan untuk [[makanan ternak]], khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan [[arang]].
Pengguna awanama