Brunei: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Robbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (Bot: Menukar pa:ਬਰੁਨੇਈ kepada pa:ਬਰੂਨਾਈ
MrNeutral (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 63:
}}
{{Politics of Brunei}}
'''Negara Brunei Darussalam''' ([[Tulisan Jawi|Jawi]]: نڬارا بروني دارالسلام) ialah sebuah negara kecil yang kaya dengan sumber [[minyak]] dan terletak di sebelah [[utara]] pulau [[Borneo]]. Brunei dikelilingidi kelilingi [[Malaysia]] dengan dua bahagian Brunei dipisahkan di daratan oleh Malaysia. Nama '''Borneo''' diambil berdasarkan nama negara ini. Ini adalah disebabkan pada zaman dahulu, Brunei mempunyai pengaruh dan kuasa yang kuat di pulau Borneo.
 
Para pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnya [[Sultan Brunei|Kesultanan Brunei]] kini, yang digelar [[orang Cina]] sebagai [[Po-ni]]. Catatan orang Cina dan [[orang Arab]] menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara [[Sungai Brunei]] seawal [[abad ke-7]] atau [[Abad ke-8|ke-8]]. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayar [[Srivijaya]] yang berpusat di [[Sumatra]] pada awal abad ke-sembilan [[Masihi]] dan seterusnya menguasai [[Borneo]] utara dan gugusan kepulauan [[Filipina]]. Kerajaan ini juga pernah dijajah [[Empayar Majapahit]] yang berpusat di pulau [[Pulau Jawa|Jawa]] tetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting.