Kampung Tudan Baru: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mengganti laman dengan 'Perlu ditulis semula, harap maklum!. Terima kasih daun keladi, hehe.'
Mathonius (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.160.176 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Makecat
Baris 1:
{{NPOV}}
Perlu ditulis semula, harap maklum!. Terima kasih daun keladi, hehe.
 
{{coord|5|22|N|116|10|E|display=title}}
 
{{Hapus}}
Kampung Tudan Baru merupakan perkampungan yang terletak sejauh 7 kilometer dari pekan [[Keningau]], diletakkan di bawah Dewan Undangan Negeri Liawan di dalam Parlimen Keningau.
 
Majoriti penduduk kampung terdiri dari Etnik Dusun dan beragama [[Islam]], tetapi terdapat juga kaum-kaum lain dan berbeza agama yang menetap di sini sama ada melalui perkahwinan ataupun imigrasi, namun sejak mula di buka sehingga ke hari ini tidak pernah sama sekali berlaku perbalahan disebabkan perbezaan tersebut kerana perpaduan, persefahaman dan sikap hormat-menghormati diantara penduduk yang kukuh dan amat memuaskan.
 
Dianggarkan populasi penduduk lebih kurang 1500 orang yakni 70% golongan muda/belia dan 30% golongan tua/warga emas.
 
{{Hapus}}
== Sejarah Awal ==
Kampung Tudan Baru mula dibuka pada akhir tahun 1950an iaitu beberapa tahun sebelum [[Sabah]] ( [[Borneo Utara]] ) bersama tiga entiti lain iaitu [[Sarawak]], [[Persekutuan Tanah Melayu]] ( [[Malaya]] ) dan [[Singapura]] (1963-1965) [dan juga [[Brunei]] namun menarik diri di saat akhir] membentuk ''Kerajaan Persekutuan Malaysia (1963)''. Pembentukan atau gabungan tersebut di atas cadangan Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu [[Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj]] dan dipersetujui oleh [[kerajaan British]], pembesar dan juga rakyat Sabah ( [[Suruhanjaya_Cobbold]] ), sekali gus melaluinya Sabah mendapat kemerdekaan daripada [[British]]. Selain itu, sesetengah warga emas yang masih hidup di kampung ini pastinya pernah menyaksikan Batu Sumpah Keningau dirasmikan oleh menteri-menteri negeri dan persekutuan ketika awal pembentukan Malaysia. Batu sumpah itu terletak di perkarangan Bangunan Urusetia Daerah Keningau dan masih kekal sehingga ke hari ini, dimana batu sumpah tersebut memberi makna yang besar dan melambangkan kesetiaan juga sokongan rakyat Sabah kepada Kerajaan Negeri dan Persekutuan selagi ''suara rakyat didengari'' dan juga ''kebajikan rakyat dijaga''. Nama Kampung Tudan Baru dipercayai diambil daripada nama kampung yang terdapat di Daerah [[Ranau]] iaitu daerah asal bagi penduduk awal Kampung Tudan Baru.
 
{{Hapus}}
 
== Ekonomi dan Pendidikan ==
Sejak mula Kampung Tudan Baru dibuka majoriti penduduk hanyalah bergantung kepada aktiviti pertanian sara diri tanpa sumber ekonomi yang lain. Namun selepas tahun 1970an sumber ekonomi penduduk dapat dipelbagaikan sejajar dengan peningkatan taraf pendidikan dan pembangunan di Daerah Keningau. Kini, aktiviti pertanian masih menjadi sumber rezeki penting buat penduduk kampung, selain itu terdapat juga penduduk yang bekerja di sektor awam, swasta dan menjalankan aktiviti perniagaan.
 
Generasi pertama penduduk yakni penduduk awal Kampung Tudan Baru majoritinya hanyalah berpendidikan di peringkat sekolah rendah. Selepas generasi tersebut sedikit demi sedikit peningkatan pendidikan di kalangan penduduk mula kelihatan disebabkan kesedaran dan peningkatan prasarana pendidikan di sekitar Daerah Keningau. Kini, hasrat untuk melihat satu keluarga memiliki satu ahlinya melangkah ke universiti telah tercapai dan dengan kesedaran penduduk jumlahnya pasti akan dipertingkatkan lagi sekaligus lebih ramai modal insan yang berkualiti dapat disediakan untuk negara mencapai taraf negara maju di masa hadapan.
 
{{Hapus}}
==Anugerah dan Pencapaian Kampung==
* Johan Kampung tercantik peringkat daerahKeningau 1994
* Johan Kampung tercantik peringkat daerahKeningau 1995
* Johan pertandingan kebersihan, keindahan dan kemajuan kampung peringkat daerah keningau 1996
* Johan pertandingan kebersihan, keindahan dan kemajuan kampung peringkat negeri Sabah 1996
* Johan pertandingan kebersihan, keindahan dan kemajuan kampung bagi ketegori kreativiti dan penyertaan penduduk peringkat kebangsaan 1997
* Anugerah Rakan Muda Masjid peringkat negeri Sabah 1998
* Anugerah Persatuan Belia Peringkat daerah Keningau 1999
* Anugerah Kampung Cemerlang 2000 dan 2001 Parlimen 158 Tenom
* Anugerah Kampung Sihat 2002 peringkat daerah Keningau sempena hari jantung sedunia
* Anugerah kelab Wanita Bersepadu 2003
* Penghargaan Pelancaran Gerakan Daya Wawasan 2003
* Johan festival Nasyid Peringkat daerah Keningau 2004
* Johan festival Nasyid Peringkat bahagian Pedalaman Atas 2004
* Penghargaan festival Nasyid Peringkat negeri Sabah 2004
* Johan Ihtifal Kesenian Islam peringkat zon 4 nasyid, sajak dan pidato
* Tempat ketiga Ihtifal Kesenian Islam peringkat negeri Sabah 2004
* Johan membuat buku skrap karnival seni pencegahan dadah peringkat daerah keningau 2005
* Tempat ketiga pertandingan Boria 2005
* Penghargaan Festival nasyid Membakut 2005
* Naib johan Festival Nasyid peringkat daerah Keningau 2005
* Johan Pesta Pantun peringkat negeri 2005
* Johan festival nasyid peringkat daerah keningau 2006
* Johan festival nasyid peringkat bahagian pedalaman atas 2006
* Penghargaan festival nasyid peringkat negeri 2006
* Johan pertandingan nasyid Maal Hijrah 2006
* Johan Ihtifal Kesenian Islam zon 4
* Tempat ketiga Ihtifal Kesenian Islam peringkat negeri Sabah 2006
* Penghargaan pesta Kalimaran 2006
* Johan Keceriaan Sambutan Kemedekaan 2007 Peringkat Daerah Keningau
* Naib Johan Keceriaan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah 2007
* Johan Nasyd Ihtifal Kesenian Islam Peringkat Parlimen Keningau 2007
* Johan pertandingan gerai SDSI peringkat negeri 2007
* Johan Anugerah Desa Cemerlang peringkat Daerah Keningau 2007
* Naib Johan Angugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2007
* Johan pertandingan gerai SDSI peringkat negeri 2009
* Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Keningau 2009
* Naib Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2009
* Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Keningau 2012
* Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2012
 
{{Hapus}}
==Pautan Luar==
* [http://www.tudanbaru.org/ Portal Kampung Tudan Baru]
 
{{Hapus}}
[[Kategori:Kampung di Sabah]]