Juara Lagu Kategori Balada: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 155:
* Kesemua lagu yang menang adalah lagu solo, kecuali pada tahun 2004 lagu "[[Pulangkan]]" oleh [[Misha Omar]] bertanding secara solo biarpun mempunyai bahagian penampilan vokal dasar oleh penyanyi latar Izzad Izuddin.
* [[Anugerah Juara Lagu 2007|Edisi ke 22 pada 2007]] menyaksikan 85% lagu yang bertanding terpaksa menggunakan penyanyi gantian. Hanya Fazli Zainal merupakan penyanyi asal manakala [[Jaclyn Victor]] sebagai penyanyi asal "Ceritera Cinta" digandingkan dengan pasangan pengganti iaitu Lah Ahmad ekoran penyanyi asal Rio Febrian berada di Indonesia. Turut tidak dapat membuat persembahan kerana berada di Indonesia adalah Kaer Azami yang diganti Sahri. Manakala penyanyi Faizal Tahir hadir sebagai penonton apabila digam daripada muncul di kaca TV ketika dua buah lagu nyanyiannya terpaksa diganti oleh dua penyanyi lain. Sahri menjadi penyanyi gantian pertama memenangi kategori ini.
* Adnan & Azlan Abu Hassan merupakan adik beradik pertama yang pernah memenangi kategori ini menerusi lagu ciptaan masing-masing, manakala LY dan Baiduri merupakan pasangan suami isteri pertama menang kategori ini. Ajai & Nurul Wahab merupakan calon lain yang turut bergelar suami isteri ketika bertanding. Sementarasementara hanya Ziana & Anuar Zain merupakan adik beradik yang bertanding dalam kategori ini menerusi lagu masing-masing.
* LY dan Baiduri merupakan pasangan suami isteri pertama menang kategori ini menerusi lagu "Aku Cinta Padamu", juga bertanding pada 1999 menerusi lagu "Syurga Di Hati Kita". Ajai & Nurul Wahab - "Selagi Ada Cinta" merupakan calon lain yang turut bergelar suami isteri ketika bertanding menerusi lagu ciptaan bersama. Hanya Aubrey Suwito - "Gemilang" dan isterinya Lin Li Zhen - "Awan Yang Terpilu" yang bertanding menerusi lagu ciptaan sendiri masing-masing pada tahun 2005.
* [[Ziana Zain]] merupakan finalis yang bertanding pada edisi pertama kategori ini diwujudkan dan beliau turut bertanding pada edisi terakhir kategori ini diadakan.
* Hanya "Jerat Percintaan" dan "Seandainya Masih Ada Cinta" merupakan pemenang kategori yang turut berjaya menang anugerah Lagu Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik]].