Khulafa al-Rasyidin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq2511cool (bincang | sumb.)
Haziq2511cool (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 57:
Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman Affan wafat kerana dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.
 
Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam iaitu Perang Jamal (''Perang Unta'') antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Aishah binti Abu Bakar.Dalam perang ini, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah telah terkorban.Perang ini berjaya dipadamkan oleh Khalifah Ali.Selepas tamat Perang Jamal,Khalifah Ali menghantar Saiditina Aisyah kembali ke Madinah sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.
 
Saidina Ali wafat pada tahun 661 Masihi akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.