Khulafa al-Rasyidin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Haziq2511cool (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
k →‎Khalifah Umar al-Khatab: Wikikan semula dan pulihkan pautan
Baris 32:
 
== Khalifah Umar al-Khatab ==
''Untuk rencana lanjut, sila lihat [[Saidina Umar Al-Khatab|Saidina Umar al-Khatab]]''
 
Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun [[634]] masihiM. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
 
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan [[Mesopotamia]] dan sebahagian kawasan Parsi daripada [[Empayar Parsi]] (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan [[Mesir]], [[Palestin]], [[Syria]], [[Afrika Utara]], dan [[Armenia]] daripada [[Byzantine]] (Rom Timur). Pada tahun [[638]], selepas pengempungan [[Baitulmuqaddis]] yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.
 
Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam, seperti menubuhkan pentadbiran barubaharu di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera &dan membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan penanamanpertanian dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kotaKota [[Basra]] dan [[Kufah]] juga dibina semasa pemerintahannya.
 
Saidina Umar wafat pada tahun [[644]] selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama [[Abu Lu'lu'ah]].
 
== Khalifah Uthman Affan ==
''Untuk rencana lanjut, sila lihat [[Saidina Uthman Affan]]''
 
Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun [[644]] M. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun [[656]].
Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan Angkatanangkatan Tenteratentera Lautlaut yang diketuai oleh [[Muawiyah ibn Abu Sufyan|Muawiyah]] dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik &dan urusan dagangan. Beliau juga berjaya menyalin semula ayat al-Quran dalam bentuk yang sempurna dan dikenali sebagai [[Mushaf UtmanUthman]].
 
Semasa pemerintahannya, keseluruhan [[Iran]], sebahagian daripada [[Afrika Utara]], dan [[Cyprus]] menjadi sebahagian daripada empayar Islam.
 
Saidina Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.
 
== Khalifah Ali bin Abu Talib ==
''Untuk rencana lanjut, sila lihat [[Saidina Ali Abi Talib]]''
 
Pada tahun 656 masihiM, khalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman Affan wafat kerana dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan supaya Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. TetapiNamun selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untukbersetuju menjadi khalifah.
 
Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam, iaitu [[Perang Jamal]] (''"Perang Unta''") antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut AishahSaiditina Aisyah binti Abu Bakar. Dalam perang ini, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah telah terkorban. Perang ini berjaya dipadamkan oleh Khalifah Ali. Selepas tamat Perang Jamal, Khalifah Ali menghantar Saiditina Aisyah kembali ke [[Madinah]] sementara [[Perang Siffin]] pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.
 
Saidina Ali wafat pada tahun [[661]] MasihiM akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.
 
== Garis masa Khulafa al-Rasyidin ==