Afrika Selatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 56:
Penindasan kaum kulit hitam telah berlanjutan sehingga akhir abad ke 20. Pada Februari 1990, akibat pemulauan antarabangsa dan tentangan hebat dari pelbagai gerakan anti-apartheid terutamanya [[Kongres Kebangsaan Afrika]] (ANC), kerajaan Parti Kebangsaan di bawah pimpinan Presiden [[F.W. de Klerk]] telah menarik balik pengharaman Kongres Kebangsaan Afrika dan persatuan politik berhaluan kiri yang lain dan membebaskan [[Nelson Mandela]] dari penjara. Undang-undang apartheid telah dimansuhkan secara perlahan-lahan dan [[pilihan raya]] pelbagai bangsa yang pertama telah diadakan pada tahun 1994. Parti ANC telah meraih kemenangan yang besar dan [[Nelson Mandela]], telah dilantik sebagai Presiden kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan.Walaupun kuasa telah berada ditangan kaum kulit hitam, berjuta-juta penduduknya masih hidup dalam kemiskinan.
 
Sewaktu [[Nelson Mandela]] menjadi Presiden negara ini selama 5 tahun, kerajaannya telah berjanji untuk melaksanakan perubahan terutamanya dalam isu-isu yang telah diabaikan semasa era apartheid. Antara isu-isu yang ditangani oleh [[kerajaan]] pimpinan [[ANC]] termasuklah [[pengangguran]], wabak [[Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit|AIDS]], kekurangan perumahan dan [[jenayah]]. Pentadbiran Mandela juga mula memperkenalkan kembali Afrika Selatan kepada ekonomi global setelah beberapa tahun dipulaukan disebabkan amalan apartheid. Disamping itu, dalam usaha mereka untuk menyatukan rakyat semula kerajaan telah menubuhkan satu suruhanjaya yang dikenali sebagai ''[[Truth and Reconciliation Committee]]'' (TRC) dibawah pimpinan Biskop [[Desmond Tutu]]. Suruhanjaya ini berperanan untuk memantau agensi kerajaan seperti agensi [[SAPS|polis]] agar masyarakat Afrika Selatan boleh hidup dalam aman dan harmoni. President Mandela telah menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pendamaian di tahap nasional, dan cuba untuk membina satu [[identiti]] untuk Afrika Selatan dalam [[masyarakat]] majmuk yang terpisah oleh konflik yang berlarutan selama beberapa dekad. Kebolehan Mandela dalam mencapai objektifnya jelas terbukti kerana selepas 1994 negara ini telah bebas dari [[keganasan politik]]. Nelson Mandela telah meletak jawatan sebagai [[Presiden]] parti [[Kongres Kebangsaan Afrika|ANC]] pada Disember 1997, untuk memberi laluan kepada [[Presiden]] yang baru iaitu [[Thabo Mbeki]]. Mbeki dipilih sebagai presiden Afrika Selatan selepas memenangi [[pilihan raya]] nasional pada tahun 1999, dan [[parti politik|partinya]] menang tipis dua pertiga majoriti di [[parlimen]]. Presiden Mbeki telah mengalih tumpuan [[kerajaan]] daripada pendamaian kepada perubahan, terutamanya dari segi [[ekonomi]] negara.
 
== Politik ==