Parti Kebangsaan Sarawak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abbas87 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Abbas87 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
 
Pada dasarnya, perjuangan SNAP bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum [[Iban]], walaupun terdapat sebilangan kecil kaum [[Bidayuh]] yang menyertai parti itu. Kaum Iban merasakan kepentingan mereka kurang mendapat perhatian parti-parti politik yang sedia ada di Sarawak. Oleh itu, mereka mengusahakan penubuhan SNAP (Leigh, 1988:32-5) (Ruslan Zainuddin, 2000:486). SNAP telah mengubah perlembagaannya pada 1963 untuk menerima ahli bukan [[Dayak]] dan [[James Wong Kim Min]] telah menjadi ahli Cina SNAP yang pertama dan kemudiannya presiden SNAP selama 22 tahun.<ref>[http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2007/7/1/lifefocus/18139016&sec=lifefocus Dedicated to public service, By MARTIN VENGADESAN, 1 July 2007, The Star]</ref>
 
Pada 17 Januari 2013, Mahkamah Persekutuan [[Putrajaya]] telah mengekalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan [[ROS]] membatalkan pendaftaran Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 2002.Keputusan itu diputuskan panel hakim lima anggota selepas parti politik itu gagal mematuhi notis ROS meminta parti itu mengemukakan bukti krisis kepimpinan parti itu telah selesai.Mahkamah membenarkan rayuan ROS untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jun 2010 yang mengekalkan pendaftaran parti itu.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/219261 Mahkamah kekal keputusan ROS batal pendaftaran SNAP, By BERNAMA, 17 January 2013]</ref>
 
 
==Krisis Perpecahan==