Rahimidin Zahari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rahimidin (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Rahimidin Zahari''' (lahir 1968) adalah penulis dari [[Malaysia]].
 
Rahimidin Zahari dilahirkan di Peringat, Kota Bharu, Kelantan. Menerima pendidikan rendah dan menengah Kelantan. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Universiti Sains Malaysia, dan Diploma Pengurusan Seni dari Universiti Malaya. Menulis dalam semua genre sastera dan menangi pelbagai hadiah untuk kesusasteraan di peringkat kebangsaan seperti Hadiah Penulis Muda Terbaik Cerpen Esso-Gapena, Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu-Gapena, Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-Gapena, Anugerah Sastera Islam Darul Imam, Hadiah Puisi Islam Yayasan Pelajar, Hadiah Sastera Kelantan, Hadiah Utusan Exxon-Mobil, Hadiah Sastera Perdana dan banyak lagi.
 
Telah menerbitkan 15 buah buku perseorangan dan lebih 60 buah kumpulan karya bersama penulis lain. Judul bukunya seperti Lakaran Kampung, Cempaka Putih, Pewaris, Wira Sekolah, Sekepal Tanah, Matahari Berdoa, Di Kebun Khatulistiwa, Zamok Iz Peska (Istana Pasir) - sebuah kumpulan puisi terjemahan dalam bahasa Rusia di Moscow, Aksara, Perjalanan Salik, Rawana (dwibahasa Melayu-Inggeris) dan Perahu Fansuri. Dramanya yang pernah dipentaskan Muzikal Puteri Hang Li Po, Suzana @60. Teater Tari Pentas, Muzikal Putra, Mahsuri, Rebab Berbisik, Dalang dan Bidan Ketujuh. Puisinya telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dunia seperti Inggeris, Rusia, Portugis, Korea, Arab dan Thai.
 
Mewakili negara ke Second Asean Writers Conference (1995), Festival Istiqlal (1995), International World Theatre Congres anjuran UNESCO (2005), Program Penataran MASTERA (2006) dan Korea-Asean Poets Literature Festival (2010), “The Makyung Spiritual Dance Heritage: Seminar And Performances”, di Bangkok, Thailand (2011), “1st Asian Theatre Professionals Congress”, Chongqing, China (2011) dan “ASEAN-KOREA Culture and Arts Forum (2012) Bukunya “Makyung: The Mystical Heritage of Malaysia” dilancarkan di Frankfurt International Book Fair (2010)
 
Sekarang bertugas di sebagai Pengurus Panggung di Istana Budaya dan Editor Majalah Pentas.
 
==Hasil penulisan==