''''''Teknologi Maklumat''' (''Information Technology'') atau IT dan '''Teknologi Maklumat dan Komunikasi''' (''Information and Communication Technology'') atau ICT merupakan [[teknologi]] yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.