Anwar Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mr Tan (bincang | sumb.)
k full name
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
SdrDatuk Seri'''Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman ''' dilahirkan di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan pada 10hb Ogos 1947. Ia bersekolah di Sek Melayu Sungai Bakap, Sek Melayu Cherok Tokun dan Sek Ren Stowell, [[Bukit Mertajam]]. Dengan mendapat keputusan Darjah 6 yang cemerlang Sdr Anwar telah dipilih memasuki [[Maktab Melayu Kuala Kangsar|Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)]] di Tingkatan Satu pada tahun 1960.
 
==Zaman Persekolahan==
 
Sejak zaman persekolahannya SdrDatuk seri Anwar Ibrahim telah menampilkan sifat kepimpinan. Semasa di [[Maktab Melayu Kuala Kangsar|Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)]] dari tahun 1960 hingga 1966 SdrDatuk Seri Anwar telah melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan. Beliau telah mewakili [[Maktab Melayu Kuala Kangsar|MCKK]] di dalam pertandingan bahas antara sekolah-sekolah dan kerana sifatnya yang aktif, bijak dan cemerlang pemikirannya Sdr Anwar telah dilantik sebagai Ketua Pelajar [[Maktab Melayu Kuala Kangsar|MCKK]].
 
Sdr Anwar memasuki Universiti Malaya pada tahun 1967. Semasa menuntut di universiti, kepimpinan beliau juga terserlah di mana beliau telah mengasas dan menjadi Presiden Pesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Presiden Kesatuan Bahasa Melayu pada tahun 1968.
 
==Pemimpin Pelajar==
 
Sdr Anwar Ibrahim telah bangun memimpin persatuan pelajar dalam usaha mengggesa kerajaan menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan umat Islam apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Beliau telah bertindak dan berganding bahu bersama [[Mahathir bin Mohammad|Tun Mahathir bin Mohammad]] yang 21 tahun lebih tua darinya, menentang Perdana Menteri [[YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj]].
 
Keberanian Sdr Anwar dan semangat pengorbanan menentang kemiskinan masyarakat luar bandar amat dikagumi oleh masyarakat [[Malaysia]]. Anwar berucap di dalam dan luar kampus dan beliau dikagumi kerana tidak ada pelajar instusi tinggi sebelumnya yang mempunyai semangat dan keberanian mengkritik kerajaan secara serius demi menegakkan keadilan.
 
Pada tahun 1971 Sdr Anwar menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dari [[Universiti Malaya]]. Ketika di universiti, Anwar dikenal sebagai pemimpin gerakan pelajar yang memperjuangkan keadilan sosial dalam masyarakat.
 
==Pemimpin Belia==
Baris 21:
Anwar dianggap pemimpin pelajar yang militan, anti-establishment dan radikal oleh sesetengah golongan. Beliau mempunyai matlamat perjuangan yang jelas dan pemerhatian yang tajam terhadap isu-isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat khususnya massyarakat Melayu luar bandar.
 
Dalam keadaan ekonomi yang meleset dalam tahun 70an dan kejatuhan harga getah yang amat ketara Sdr Anwar telah bangun menagani isu kemiskinan dan telah memimpin tunjuk perasaan anti-kemiskinan di Baling dalam tahun 1974 yang menyebabkannya ditahan dibawah [[ISA]] selama 2 tahun.
==Kepimpinan Dalam ABIM==
 
Kemampuan Sdr Anwar sebagai seorang pemimpin yang komited dapat dilihat dari usaha beliau menubuh dan memimpin [[Angkatan Belia Islam|Angkatan Belia Islam (ABIM)]] sehingga menjadi sebuah pertubuhan belia yang berpengaruh dan diterima oleh masyarakat dalam usahanya mendaulatkan Islam sebagai 'ad din - satu cari hidup. [[Angkatan Belia Islam|ABIM]] pada masa awal penubuhannya telah menarik minat seramai 50000 orang untuk menyertainya. Keahlian [[Angkatan Belia Islam|ABIM]] ini adalah yang kedua terbanyak selepas [[Pemuda UMNO]].
 
Beliau mempunyai fikiran dan pemerhatian yang tajam dan gaya berpidato yang dikagumi ramai termasuk masyarkat antarabangsa. Kepimpinan dan sumbangannya telah diakui di peringkat antarabangsa sehingga menerima anugerah Pingat Ulama Eqbal Seratus Tahun dari [[Presiden Zia Ul- Haq]], Presiden Pakistan pada tahun 1970 dan mendapat penghormatan menjadi Ahli kumpulan Penasihat Belia [[Bangsa-Bangsa Bersatu]] pada tahun 1973
 
[[Angkatan Belia Islam|ABIM]] di bawah kepimpinan Anwar telah muncul menjadi pertubuhan yang popular kerana sikapnya menentang ketidakadilan dalam kerajaan dan juga di luar negara. Beliau telah menunjukkan sifat kepimpinannya dengan menyatukan beribu-ribu orang penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dengan menjadi Pengerusi bagi Jawatankuasa Penyelaras Akta Pertubuhan 1981 untuk menentang Akta Pindaan Pertubuhan 1981. Sdr AnbwarAnwar telah berjaya menyatukan 48 pertubuhan dari berbagai aliran dan bangsa seperti Persatuan Pertubuhan Malaysia, Pusat Profesional Malaysia, ALIRAN, Persatuan Penggna Pulau Pinang dan Majlis Peguam Malaysia.
 
Sdr Anwar menentang rang undang-undang ini kerana ketidakadilan yang melanggar pinsip Islam dan demokrasi. Kebijaksanaan dan kekuatan dirinya telah menyebabkan pihak kerajaan terpaksa berunding dengan jawatankuasa tersebut dan mengkaji semula Akta Pertubuhan tersebut. Inilah kekuatan SdrDatuk Seri Anwar Ibrahim yang telah menyatukan pelbagai kaum dan mempunyai strategi dan pendekatan yang berkesan dalam memperjuangkan keadilan untuk semua.
 
==Pendirian Terhadap Isu Antarabangsa==
Baris 37:
Kepimpinan beliau yang tegas dan berani dapat dilihat apabila beliau bangkit dan membantah keras pencerobohan [[Russia]] keatas [[Afghanistan]] dalam tahun 1980. [[Angkatan Belia Islam|ABIM]] telah mengadakan perhimpunan yang dihadiri seramai 40000 orang untuk membantah pencerobohan dan bersetuju untuk menghantar utusan yang diketuai oleh Anwar ke kedutaan [[Russia]].Utusan itu berjaya meyakinkan pihak kedutaan [[Russia]] akan kesan buruk tindakan mereka dan memberi perhatian serius pandangan negara- negara diseluruh dunia. Duta [[Russia]] itu berjanji untuk membawa surat bantahan tersebut ke [[Moscow]] dan mahukan persahabatan dengan kerajaan [[Malaysia]]. Kebijaksanaan beliau telah menarik perhatian negara-negara lain terhadap ketokohan belia sebagai pemimpin.
 
Sikap berani Sdr Anwar telah membawa belia untuk mengunjungi sempadan Russia untuk mendapatkan penerangan yang tepat dan menyerahkan sebanyak RM50,000 kepada pejuang [[Afghanistan]]. Sementara itu kekuatan yang ada dalam diri Sdr Anwar telah mendorong beliau untuk bertemu dengan Nasionalis Afghanistan di sempadan seperti Gulbudin Hekmatayar dan Burhanudin Rabani pemimpin Parti Jamiat El- Islami.
 
==Anwar - Pejuang Anak Bangsa==
 
Pemimpin negara di dalam dan luar negeri mengakui ketokuhan dan kebolehan Sdr Anwar Ibrahim. Allahyarham [[Tun Abdul Razak Dato' Hussein]], Perdana Menteri Malaysia kedua telah menawarkan jawatan untuk mewakili Belia Malaysia dalam Badan Dunia United Nation Coucil For Youth yang beribu pejabat di Bangkok. Sdr Anwar dengan hormat menolak tawaran lumayan tersebut.
 
Begitu juga apabila Allahyarham Dato Mohd Asri Muda ketika menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar telah menawarkan jawatan di kementerian beliau untuk Sdr Anwar. Tawaran ini juga telah ditolak olih Sdr Anwar.
 
Sdr Anwar sedar bahawa kelemahan anak Melayu pada ketika itu disebabkan oleh peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi amat terhad bagi anak-anak Melayu yang serba kekurangan. Dengan keinsafan dan jiwa yang cekal Sdr Anwar bersama rakan-rakan lain telah membuka sebuah sekolah persendirian di Kuala Lumpur - Yayasan Anda Akedemik. Walaupun pendapatan beliau amat kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang memegang jawatan dalam Kerajaan, Sdr Anwar dan rakan-rakan di Yayasan Anda sanggup mengorbankan segala kemudahan tersebut demi mempertingkatkan anak bangsa.
 
Kejayaan Yayasan Anda Akedemik dapat dilihat daripada bilangan lulusan dan penerimaan pelajarnya yang di terima masuk ke institusi pengajian tinggi. Kejayaan yang lebih ternilai daripada kejayaan ini adalah setiap pelajar Yayasan Anda telah dilatih sendiri oleh Sdr Anwar Ibrahim dengan dilengkapi olih daya tahan dan keimanan.
Baris 51:
==Anwar - Kepimpinan dalam Kerajaan==
 
Ketokohan Sdr Anwar Ibrahim telah menarik perhatian [[Mahathir bin Mohammad|Tun Mahathir bin Mohammad]] dan membawanya kedalam kerajaan. Kerjaya politik beliau bermula pada tahun1982 apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anwar Ibrahim menjadi Ahli Jemaah Menteri pada tahun 1983 apabila dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kemudian beliau menjawat beberapa jawatan kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan pada bulan Mac 1991.
 
Peranan penting beliau pada permulaan kemasukannya kedalam kerajaan Barisan National ialah membantu penubuhan [[Bank Islam]]. Beliau telah diamanatkan oleh Perdana Menteri untuk mensyorkan dalam jawatankuasa cadangan idea. Amanat ini menunjukkan kepercayaan terhadap keupayaan beliau. Beliau telah menghabiskan banyak masa dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kejayaan Bank ini. Sdr Anwar telah mendapatkan bantuan dan sokongan dari negara-negara Islam lain seperti Arab Saudi terhadap penubuhan [[Bank Islam]] ini
 
==KONSEP KEPIMPINAN - SUDUT PANDANGAN ANWAR==
 
Sdr Anwar Ibrahim menekankan kepentingan kesahjahteraan manusia dan keperluan mewujudkan kaedah-kaedah yang adil dalam proses kepimpinan. Dalam kepimpinan menurut Sdr Anwar Ibrahim ia haruslah peka dan prihatin terhadap suara dan aspirasi rakyat serta merumuskan cara dan pendekatan yang melibatkan penyertaan rakyat dengan lebih berkesan (Anwar Ibrahim , Menangani Perubahan). Beliau menekan dan mementingkan konsep syura dalam Islam dan Demokrasi Penyertaan. Bagi Sdr Anwar, pemimpin bertanggungjawab untuk membentuk kehidupan yang lebih bermakna dan adil.
 
Dalam aspek kuasa Sdr Anwar berpendapat kuasa yang dimiliki oleh pemimpin adalah elemen penting dalam usaha untuk membuat sesuatu. Sekalipun orang itu mempunyai idea dan pendapat yang baik tetepi jika tidak mempunyai kuasa dan kedudukan ia akan menyukarkan pelaksanaan idea tersebut. Dari segi perbandingan kuasa dan idea pula beliau berpendapat idea lebih penting dari kuasa dan kedudukan kerana kuasa ini hanyalah saluran yang berkesan untuk menyalurkan idea tersebut.
 
Sdr Anwar Ibrahim menekan kepentingan pemimpin dan masyarakat keseluruhan memiliki ilmu dan pengetahuan yang tinggi dan berkeupayaan mempraktikkan ilmu yang baik itu dalam kehidupan. Menurut Sdr Anwar sesuatu bangsa itu telah dapat mempengaruhi negara dan bangsa lain yang lebih besar dan kuat kerana pengaruh dan kekuatan ilmu yang dimiliki oleh mereka. Bagaimanapun Sdr Anwar Ibrahim berpendapat ilmu pengetahuan itu harus memberi makna kepada diri manusia dan kemanusiaan
 
Sdr Anwar adalah seorang yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipercayainya betul dan tepat. Beliau sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri dan prinsip yang dipegangnya. Beliau akan berusaha keras untuk mencapai kejayaan dicapai pada matlamat yang digariskan olehnya. Prinsip ini dapat dilihat dari tindakan beliau menentang kerajaan yang dianggapnya tidak adil dan gagal dalam membantu orang [[Melayu]] sehingga beliau sanggup ditahan dibawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) selama 2 tahun berikutan penglibatannya dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan akibat peristiwa kebuluran di Baling, Kedah pada tahun 1974.
 
Dalam usaha menangani perubahan bagi Sdr Anwar pemimpin perlu mempunyai kebijaksanaan dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan persekitaran. Bagaimanapun perubahan harus berlandaskan nilai universal yang mutlak yang diakui oleh Islam dan agama lain sebagai baik dan mampu memberi kesahjeteraan kepada manusia.
 
Selain kegiatannya yang cukup menonjol dalam bidang politik, Sdr Anwar turut membahaskan berbagai-bagai gagasan termasuk masyarakat madani. Beliau menghasilkan dua buah buku berjudul Menangani Perubahan dan Gelombang Kebangkitan Asia.
 
Di peringkat antarabangsa, Sdr Anwar Ibrahim dilantik sebagai Presiden UNESCO (1989-1991) dan menjadi salah seorang pengasas Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) Washington.
 
Sdr Anwar Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada bulan November 1993 setelah memenangi jawatan Timbalan Presiden [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu|UMNO]] pada tahun itu.
 
Sdr Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan pada 2hb September, 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat.[http://www.aseannewsnetwork.com/2004/09/malaysias-ruling-party-members-urged.html].
 
http://members.tripod.com/~SurdiMiharbi/anwr2.html