Sempadan Malaysia–Thailand: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Perlukan terjemahan
Baris 33:
Sejajar dengan ketetapan Artikel 3, Perjanjian Bangkok, sebuah Suruhanjaya Bersama Sempadan yang terdiri daripada Pegawai British dan Siam telah dibentuk bagi menggarisi dan menetapkan sempadan baru antara Siam dengan Negeri-Negeri Melayu utara. Pihak Siam telah melantik Major-General Mom Novendr Raja sebagai President Suruhanjaya Sempadan Siam manakala pihak British melantik Kolonel H.M Jackson, Ketua Juru Ukur Bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sebagai President Suruhanjaya Sempadan mewakili British.<ref>surat Putera Devawongse kepada Beckett 7 Julai 1909, CO 273/353; Surat Beckett kepada Anderson, 21 Oktober 1909, HCO 1522/1909</ref> Anggota-anggota Suruhanjaya sempadan Siam yang lain terdiri daripada tiga pegawai iaitu Mom Chow Vibulya (dari Kementerian Luar Siam), Phya Bisai Sundarakarn (dari Kementerian Dalam Negeri) dan Kapten Luang Snam Ridhigrai (Angkatan Tentera Siam). Sementara itu, anggota-anggota Suruhanjaya Sempadan Bitish pula terdiri daripada V.A Lowinger, A. Cochrane dan R.C Gould dari Jabatan Ukur Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dalam mesyuarat Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Sempadan yang diadakan di Pulau Pinang pada 10 Disember 1910, kedua-dua pihak bersetuju untuk memulakan kerja menetapkan sempadan dari bahagian barat terlebih dahulu.<ref>lihat "report of the Delimitation an Demarcation of the Anglo-Siamese Boundry under the Treaty of March 1909 between Great Britain and Siam</ref> tumpuan utama kerja Suruhanjaya Sempadan adalah untuk menetapkan batas sempadan yang kemudian diikuti dengan kerja membuat tanda sempadan yang akan dilakukan oleh pegawai yang akan dilantik oleh Suruhanjaya. Pihak British pula akan menyelenggarakan kerja Trigometri manakala kerja tinjauan atau pemeriksaan topografi akan dilaksanakan oleh kedua-dua pihak. Mereka bersetuju menggunkan skala peta 1/100,000 atau 1/50,000 untuk bahagian tertentu dan 1/250,000 untuk umum.
 
Sempadan yang akan diukur oleh Suruhanaya ini adalah sejauh 500 KM dari Selat Melaka di sebelah Barat ke Teluk Siam di sebelah timur. Sepanjang kira-kira 400 km di bahagian barat dan tengah, sempadan itu melalui legeh atau puncak gunung dan bukit yang memisahkan punca aliran sungai. sepanjang 95 km lagi dibentuk oleh Sungai Golok. Sungai itu, tohor dan rendah gradiannya itu mengalir berliku-liku merentasi dataran pinggir laut yang beralun. Dataran Sungai Golok itu adalah tanah rendah yang rata dengan pantai berpasir dan permatang di sepanjang pantai. Ketinggian pada umumnya umumnya tidak melebihi 250 kaki tetapi ada beberapa bukit dalam kawasan ini. Keadaan ini memberi laluan yang mudah antara penduduk-penduduk di antara kedua-dua buah negara. Seluruh wilayah Golok itu adalah padat dengan penduduk.<ref>Nik Anuar Nik Mahmud (1994) Sejarah Penggarisan dan Penetapan Sempadan Negeri-Negeri Melayu Utara dengan Siam 1907-1912 dlm Jurnal Malaysia dari segi Sejarah: Persatuan Sejarah Malaysia: Kuala Lumpur</ref>Pada 6 Februari 1910 anggota-anggota Suruhanjaya Sempadan telah mengadakan pertemuan di tebing tinggi yang terletak di Sungai Perlis untuk menentukan garis sempadan di bahagian darat. Dalam pertemuan itu, kedua-dua presiden Suruhanjaya Bersama Sempadan British-Siam telah mencapai kata sepakat untuk menjadikan 'Batu Puteh" sebagai ''"the most seaword of the northern bank of Estuary of the Perlis River".''Tebing Sungai Perlis didapati tidak sesuai untuk mendirikan batu tanda kerana ia dipenuhi oleh "''mangrove swamp".''Tempat ini telah dijadikan titik A dan menjadi sempadan darat yang terawal di sempadan laut sebelah barat. Persetujuan juga dicapai setelah memeriksa di laut untuk menetapkan sempadannya seperti berikut:-
 
"from the point westwards along the parallel of latitude passing through to meridian 99 88' East (Greenwich) along that meridian northwards to the point at which it is intersected by the parallel westwards to the point about midway between the north-western most point of Pulo Terutau and the north-western most point of Pulo Langkawi. The parallel 6 20' being taken as lying approximately mid channel between the two island above-mentioned. By this line the island close to the west coast namely:Pulo Brasmana, Pulo Kurap, Pulo Kuniet (Kuning) and Pulo Panjang are shown as belong to Siam"<ref>Laporan Jawatankuasa Sempadan bertarikh 9 Februari 1910 dlm JUPEM</ref>
 
Tanda-tanda ketidaksetujuan mula muncul apabila pihak Siam mahu memasukkan Pulau Butang (Butang Group)di barat Pulau Terutau ke dalam kawasan Siam. Hal ini tidak dipersetujui oleh Kolonel Jackson kerana ia tidak dinyatakan dalam Protokol Sempadan. Namun begitu, Suruhanjaya Sempadan menyelesaikan perselisihan pendapat ini apabila mereka menggunakan Nautical Chart untuk mendapatkan pengukuran yang lebih sempurna. Pihak British telah diketuai oleh R.R Gouling membuat dua garisan penandaan dan pihak Siam kemudiannya sama-sama bersetuju garisan pertama yang dinyatakan seperti berikut:-
 
''From the point A (Beacon no. 1 of the land boundry) westward along the parallel latitude basing through A to the intersection of this parallel with the meridian 100 degrees (East of Greenwich): from this point of intersection in the northwesterly direction, (being about midway between the coasts of Setol and Pulo Langkawi), to the point of intersection D of Meridian 99 53'E with parallel of latitude 6 42' N; from this part in a straight to a point F midway between the S,W, corner of the Pulo Terutau and the northwest corner of Pulo Langkawi, (this line running about mid-channel between this two island; and thence in the sama straight line seaward''.<ref>surat Kolonel H.M Jackson kepada Mejer Jeneral Phya Sadka Bidej bertarikh 23 Oktober 1912 dan surat balas dari Mejer Jeneral Phya Sadka Bidej 16 Januari 1913 CO 273/402</ref>
 
===Pertikaian Sempadan Perlis-Setul===