Kitab Wahyu: Perbezaan antara semakan

Saiz tidak berubah ,  10 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k (kunci baru untuk Kategori:Perjanjian Baru: "Wahyu" (HotCat))
kTiada ringkasan suntingan
'''Kitab Wahyu''' atau '''Kitab Ilham''' merupakan kitab terakhir dalam [[Perjanjian Baru]] yang memainkan peranan yang paling penting dalam [[eksatologieskatologi Kristian|ilmu akhir zaman]] [[Kristian]]. Asalnya ditulis dalam [[bahasa Yunani Koine]], tajuknya berasal dari perkataan pertama dalam catatan itu iaitu ''apokalypsis'' yang bererti "pendedahan". Pengarang kitab ini memperkenalkan dirinya sebagai "Yohanes" dan mengaku bahawa beliau berada di sebuah pulau di [[Laut Aegea]] yang bernama [[Patmos]], ketika beliau "terdengar sebuah suara kuat" yang memerintahkannya untuk menulis kitab ini. Yohanes ini dikatakan sebagai [[Yohanes sang Hawari]], namun keilmuan masa kini telah mengusulkan kemungkinan lain yang termasuklah tokoh anggapan yang diberi nama [[Yohanes dari Patmos]]. Kebanyakan ilmuwan masa kini percaya bahawa Kitab Wahyu dikarang sekitar tahun 70–95 M.
 
Kitab ini meliputi tiga ''genre'' sastera, iaitu [[Surat|warkah]], [[Apokalips|ilham]], dan [[nubuatan]]. Ia bermula dengan warkah pengantar kepada pembaca, diikuiti oleh serantai peristiwa yang rumit dan berbentuk ilham yang dipetik dari [[Bayangan rohani|bayangan]] nubuatan yang kononnya dilihat oleh pengarangnya. Ini termasuklah kemunculan beberapa gambaran yang menjadi penting dalam fahaman akhir zaman Kristian seperti [[Pelacur Babylon]] dan [[Sang Binatang]], lantas berakhir dengan [[Kedatangan Kedua]] [[Jesus Christ]]. Bayangan yang samar-samar dan melebih-lebih ini<ref>{{cite book |title=A New History of Early Christianity |last=Freeman |first=Charles |coauthors= |year=2009 |isbn=978-0300125818 |page=107 |pages= |url=http://books.google.co.uk/books?id=5_in-6VLgRoC&pg=PA107&lpg=PA107&dq=revelation+%22extravagant+imagery%22&source=bl&ots=1bddsWUNN2&sig=7_LECq-kc-XqW4SDrmpydPkYnYM&hl=en&sa=X&ei=LehmUI_NA-nM0AW75oCQDg&ved=0CD0Q6AEwBDgU#v=onepage&q=revelation%20%22extravagant%20imagery%22&f=false |accessdate= 29 September 2012}}</ref> telah menimbulkan pelbagai tafsiran.
16,905

suntingan