Tan (ukuran): Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 12:
#'''[[Tan metrik]]''' ialah 1,000 [[kilogram]] (kg) (atau [[1 E3|1 Mg]]) atau lebih kurang 2,204.6 [[paun]]. Tan metrik semakin digunakan sebagai ganti kepada tan panjang untuk mengukur [[sesaran]] [[kapal]]. Sila lihat [[Tanan]].
Kedua-dua tan panjang dan tan pendek terdiri daripada dua puluh [[ratus berat]], dengan setiapnya mempunyai nilai yang berbeza untuk ratus beratnya (masing-masing 112 paun dan 100 paun). Sebelum [[abad ke-15]] di [[England]], satu tan adalah tepat sama dengan 20 ratus berat, dengan setiap ratus berat sama dengan 108 paun, untuk memberikan 2,160 paun untuk setiap tan.
'''Ton cerakin'''(bahasa Inggeris: ''assay ton'', disingkatkan sebagai 'AT') bukannya satu unit ukuran tetapi merupakan kuantiti piawai yang dipergunakan untuk [[Cerakin|mencerakinkan]] bijih-[[bijih]] [[logam]] yang berharga. Ton cerakin pendek ialah 29 1/6 [[gram]], manakala ton cerakin panjang ialah 32 2/3 gram. Bilangan nisbah yang tepat sama, apabila perkatan "gram" ditukarkan dengan "miligram" menghasilkan satu [[auns troy]]. Dengan kata yang lain, bilangan miligram untuk sesuatu logam yang terdapat dalam satu sampel dengan saiz ini memberikan bilangan auns troy yang sama dalam bijih tan panjang atau pendek.
Dalam konteks [[loji kuasa nuklear]], '''tHM''' dan '''MTHM''' bermaksud tan metrik [[logam berat]], dan MTU bermasuk tan metrik [[uranium]]. Dalam industri [[keluli]], [[akronim]] '''THM''' mempunyai makna yang sama dengan 'tan logam panas' yang merujuk kepada jumlah besi atau keluli cecair yang dihasilkan.
Satu '''tan kering''' mempunyai nilai jisim yang sama, tetapi bahan ([[enap cemar]]), buburan, [[kompos]], dan [[kompos]], dan campuran-campuran yang serupa yang bahan pepejalnya direndam atau diampai dalam [[air]]) telah dikeringkan sehingga tahap [[lembapan]] yang agak rendah, dan tekal ([[berat kering]]). Jika bahan itu berada dalam keadaan semula jadinya yang basah, ia dipanggil '''tan basah'''.
==Common abbreviations==
|