Juara Lagu Kategori Balada: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 168:
* LY dan Baiduri merupakan pasangan suami isteri pertama menang kategori ini menerusi lagu "Aku Cinta Padamu", juga bertanding pada 1999 menerusi lagu "Syurga Di Hati Kita". Ajai & Nurul Wahab - "Selagi Ada Cinta" merupakan calon lain yang turut bergelar suami isteri ketika bertanding menerusi lagu ciptaan bersama. Hanya Aubrey Suwito - "Gemilang" dan isterinya Lin Li Zhen - "Awan Yang Terpilu" yang bertanding menerusi lagu ciptaan sendiri masing-masing pada tahun 2005.
* [[Ziana Zain]] merupakan finalis yang bertanding pada edisi pertama kategori ini diwujudkan dan beliau turut bertanding pada edisi terakhir kategori ini diadakan.
* Lagu "Getaran Cinta Di Jiwa" nyanyian [[Liza Hanim]] masih kekal sebagai lagu yang paling lama berada dalam carta Muzik-muzik sehingga kini iaitu 54 minggu keseluruhan pada 1997 hingga 1998 diikuti oleh lagu "Usang" ([[Rahim Maarof]]) kekal dalam carta selama 49 minggu pada tahun 1994-1995. Lagu "Puncak Kasih" pula merupakan pemenang kategori yang paling lama menjuara carta Muzik-muzik iaitu 21 minggu keseluruhan diikuti oleh lagu "Kau Kekasihku" (Siti Nurhaliza) yang menjadi juara selama 16 minggu.
* Hanya "Jerat Percintaan", "Seandainya Masih Ada Cinta" dan "Izinku Pergi" merupakan pemenang kategori yang turut berjaya menang anugerah Lagu Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik]].
* "Menyemai Cinta Bersamamu", "Keabadian Cinta", "Selagi Ada Cinta" dan "Awan Yang Terpilu" merupakan lagu-lagu yang tewas dalam kategori ini tetapi berjaya menang anugerah Lagu Terbaik di [[Anugerah Industri Muzik]].