Parti Komunis Malaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 6:
[[Jepun]] mula menakluki [[Tanah Melayu]] pada 8 Disember 1941 sehingga 16 Ogos 1945. Kezaliman sewaktu memerintah adalah pahit. [[Jepun]] berjaya menakluki [[Tanah Melayu]] telah mendapat sokongan daripada anak negeri yang terperangkap dengan janji-janji kemerdekaan yang telah dijanjikan. [[Jepun]] juga turut menghampakan harapan mereka yang terperangkap dengan janji-janji [[Jepun]] untuk memberikan kemerdekaan dengan Propaganda jepun iaitu "[[Asia]] untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Kekerasan berlaku. Mereka yang disyaki menentang Jepun akan dibunuh. Akibat kezaliman [[Jepun]] itu, semangat [[cinta]] akan tanah air [[Malaysia]] telah dipupuk.
 
Pada Zaman Pendudukan [[Jepun]], rakyat hidup dalam sengsaraan. Kezaliman dan kekejaman yang dilakukan oleh Kempetai amat ditakutkan. Kempetai merupakan unit polis yang menangkap sesiapa yang disyaki menentang [[Jepun]]. Banyak masalah sosial juga ditimbulkan. Ekonomi merosot, ramai yang mati kebuluran, hasil pertanian dirampas, bilangan pengangguran semakin meningkat, ubat-ubatan tidak cukup menyebabkan ramai yang mati kerana penyakit. Orang Cina [http://ms.wikipedia.org/wiki/Tionghoa]yang menghantar bantuan kepada negara [[China]] apabila [[Perang Jepun dengan China]][http://ms.wikipedia.org/wiki/[Perang_China-Jepun_Kedua]] ditangkap dan dibunuh dengan penuh kezaliman. Memaksa rakyat membina Keretapi Maut di negara Thai. Dasar penjepunan diperkenalkan, sekolah-sekolah diganti dengan sekolah [[Jepun]], bahasa Nippon-go digunakan, Kimigayo iaitu lagu kebangsaan [[Jepun]] dinyanyikan, tulisan [[Jepun]] ditulis. Perbuatan tersebut menyebabkan kelahiran [[MPAJA]] iaitu Tentera Anti Jepun Tanah Melayu, Force 136, Gerila Kinabalu dan lain-lain gerakan yang menentang Jepun. Akhirnya, [[Jepun]] menyerah kalah tanpa syarat setelah Hiroshima dan Nagasaki dibomkan[http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengeboman_atom_Hiroshima_dan_Nagasaki]. Walaupun Jepun telah menyerah kalah kepada tentera Berikat, tetapi banyak kesan-kesan positif malah negetif diwujudkan. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir. Ramai yang mati akibat kelaparan dan dijangkiti penyakit.
 
[[MPAJA]] yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan [[Jepun]].
 
Menerusi [[MPAJA]], bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari [[United Kingdom|British]]. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera [[MPAJA]] dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak [[United Kingdom|British]] dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah [[Melayu]]. Cawangan Kuomintang di [[Tanah Melayu]] diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di [[Tanah Melayu]] menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.