Sultanah Bahiyah: Perbezaan antara semakan
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
[[Imej:Img queen5 2.gif|right|thumb|Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Bahiyah]]
'''Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Bahiyah''' diputerakan pada [[24 Ogos]] [[1930]] di [[Seri Menanti]], dan merupakan puteri sulung DYMM Yang di-Pertuan Besar dan DYMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan, yang kemudiannya dilantik sebagai [[Yang di-Pertuan Agong]] dan [[Raja Permaisuri Agong]] Pertama. Seri Paduka Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Melayu di Seri Menanti dan Sekolah Convent Seremban. Baginda melanjutkan pelajaran di [[United Kingdom]] dan memperoleh ijazah dan bidang Sains Sosial dari [[University of Nottingham]].
Seri Paduka Baginda berkahwin dengan [[Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah|Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah]] pada Mac 1956 dan pasangan Diraja ini dikurniakan tiga orang puteri, dua daripadanya kembar : YM Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz, YM Dato’ Seri Tunku Soraya dan Y.M. Tunku Sarina (mangkat pada 31 Ogos 1991).
Baginda ditabalkan sebagai Sultanah pada 20 Februari 1959. Pada 23 September 1970 Seri Paduka Baginda ditabalkan sebagai [[Raja Permaisuri Agong]] [[Malaysia]] apabila Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda dianugerahkan pelbagai anugerah dari dalam dan luar negeri. Pada 1970, Maharaja Hirohito Jepun menganugerahi baginda The First Class Order of Sacred Treasure. Pada tahun yang sama, Presiden [[Soeharto]] [[Indonesia]] menganugerahkan Bintang Maha Putera Kelas Satu.
Seri Paduka Baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan oleh [[Universiti Malaya]]
Seri Paduka Baginda pernah menjadi Penaung pelbagai pertubuhan seperti Persatuan Orkid Kedah; Persatuan Penderma Darah Malaysia; Persatuan Perancang Keluarga Kedah; Pertubuhan Kebajikan Kanak-kanak Kedah; Pertubuhan Kebajikan Wanita Islam Kedah; Kelab Lioness Kedah; Persatuan Bola Jaring Kedah, Persatuan Wanita Universiti Utara Malaysia (SUTRANITA): Persatuan Graduan Nottingham; Persatuan Balu dan Isteri Bekas Perajurit (BAKIABAH): Persatuan Orang Kurang Upaya Kedah; Persatuan Thallasaemia Kedah; dan Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah.
{{Kotak Jawatan | Jawatan=[[Raja Permaisuri Agong]] [[Malaysia]] | penyandang terdahulu=[[Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja]] | penyandang kemudian=[[Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra]]}}
[[en:Tuanku Bahiyah]]
|