Oshin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: ''Oshin'' (おしん) ialah siri drama televisyen dari Jepun. Siri ini disiarkan oleh NHK di Jepun pada waktu pagi dari 4 April 1983 hingga 31 Mac 1984. Siri ini ...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 00:58, 3 Mei 2007

Oshin (おしん) ialah siri drama televisyen dari Jepun. Siri ini disiarkan oleh NHK di Jepun pada waktu pagi dari 4 April 1983 hingga 31 Mac 1984. Siri ini mengikuti kisah kehidupan watak judulnya dari zaman Meiji hingga awal 1980-an. Drama ini pernah disiarkan di TV3 pada 1980an dan sedang diulang tayang di TV9 pada waktu malam.

Cerita ini merupakan biografi seorang wanita Jepun, dimodelkan sempena ibu kepada ahli perniagaan bernama Kazuo Wada yang dikenali dengan mendirikan Yaohan, iaitu sebuah rangkaian pasaraya.

Keseluruhannya, 297 episod 15 minit telah disiarkan. Di Jepun, siri ini memperoleh 52.6% daripada keseluruhan penonton pada slot waktunya, dengan catatan rating tertinggi 62.9% bagi satu episod. Sehingga hari ini, Oshin telah disiarkan di 59 buah negara. Pada tahun 1984, drama ini dijadikan filem animasi oleh Sanrio.

Oshin, watak utama siri ini, dijadikan tokoh terkenal dengan menunjukkan bahawa sesungguhnya seseorang tidak patut berputus asa sesekalipun - meskipun pada saat-saat paling perit dalam hidup. Dia bukan sahaja disayangi penonton Jepun, malah juga orang-orang di luar negara itu.

Pautan luar