Perkahwinan Cina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
k Suntingan 60.52.118.216 dikembalikan ke versi terakhir oleh Master2841
Baris 79:
 
Selain daripada keinginan tradisional untuk mempunyai anak lelaki agar dapat meneruskan nama keluarga, kebenaran ini pada setakatnya dapat mengatasi dilema yang ditimbulkan oleh Maharaja Qianlong sendiri. Baginda ketika itu baru sahaja mengharamkan sebarang bentuk [[pewarisan]] bukan [[nasab bapa]], tetapi masih hendak mengekalkan [[hubungan kekeluargaan Cina]] yang wajar. Oleh itu, sepasangan suami isteri tidah boleh mengambil [[anak angkat]] daripada [[keluarga luas]]nya. Mereka harus mengambil anak angkat daripada orang luar (yang dianggap oleh banyak orang sebagai memberi kekayaan kepada "orang luar" yang tidak bersaudara), atau menjadi tidak mempunyai sebarang pewaris. Perkahwinan-perkahwinan pewarisan berbilang memberikan jalan keluar ketika adik-beradik suami mempunyai seorang anak lelaki.
 
===Sekedudukan===
Perempuan-perempuan yang menjadi [[gundik]] diperlakukan sebagai orang yang berkedudukan rendah dan dijangka harus menyerah dan menurut perintah isteri (jika ada) lelaki yang berkenaan. Perkahwinan perempuan-perempuan itu tidak dilakukan dengan sebarang upacara, mempunyai hak yang kurang dalam hubungan, dan boleh diceraikan dengan sewenang-wenangnya. Pada umumnya, mereka datang daripada status sosial yang lebih rendah atau dibeli sebagai [[Pengabdian|abdi]]. Perempuan-perempuan yang lari bersama kekasih mungkin juga menjadi gundik kerana perkahwinan yang rasmi memerlukan penyertaan ibu bapa mereka.
 
Bilangan gundik yang boleh dikahwini oleh seseorang lelaki kekadang dikawal, dengan maharaja hampir selalu boleh mempunyai banyak gundik.
 
Satu bentuk sekedudukan yang agak berlainan ialah apa yang dipanggil "dua isteri utama". Secara tradisi, seorang isteri dijangka akan tinggal dengan keluarga suaminya. Apabila seseorang suami terpaksa tinggal jauh daripada keluarganya, isterinya harus tinggal dengan mertua dan menjaga mereka. Seorang lelaki yang menderita pemisahan kronik daripada isterinya, seperti pedagang kembara, boleh "berkahwin" dengan lagi seorang perempuan dan memulakan rumah tangga yang berasingan dengannya. Disebabkan oleh perpisahan geografi, perempuan kedua itu sering menganggap diri sebagai isteri penuh , walaupun perkahwinannya tidak diakui di sisi undang-undang dan dia masih dianggap sebagai gundik.
 
Amalan ini telah mempengaruhi pertambahan poligami yang mendadak pada baru-baru ini di tanah besar China. Sejak pembukaan sempadan China pada [[dekad 1970-an]], ahli-ahli [[perniagaan]] dari [[Hong Kong]] dan [[Taiwan]] telah mengahwini "isteri-isteri sekunder" di tanah besar. Sejak dari masa itu, amalan ini juga mempengaruhi orang-orang kaya tempatan. <ref name="ernai">{{cite web|url=http://news.pacificnews.org/news/view_article.html?article_id=9f82750676b9ab92a2a2b7b558cc3b0e|title=Gundik-gundik Cina Baru}}</ref>.
 
===Poliandri===
[[Poliandri]] ialah amalan seorang wanita mempunyai banyak suami. Tidak ada hal macam ini, ini hanya idaman isterinya yang ingin mempunyai suami lain kerana mereka mungkin berkahwin secara tidak bersuka rela dan mungkin sekali juga ternampak lelaki lain yang lebih kaya atau kacak. Pada zaman dahulu, perempuan yang telah masuk ke rumah suaminya sudah dianggap sebagai ahli keluarganya dan perlu patuh pada undang-undang rumah dan patuh pada suaminya. Pada zaman kini, mungkin sekali ada isteri yang ada lelaki lain yang dipanggil [xiao bai lian] tetapi tidak berkahwin dan dengan itu tidak mungkin mempunyai banyak suami.
 
==Lihat juga==
*[[Album majlis perkahwinan Cina]]
*[[Ang pau]]
*[[Jamuan perkahwinan#Masyarakat Cina|Jamuan perkahwinan dalam masyarakat Cina]]
*[[Kebudayaan Cina]]
*[[Pandangan Konfusianisme terhadap perkahwinan]]
*[[Perkahwinan]]
 
 
[[Kategori: Keluarga]]
[[Kategori: Kebudayaan Cina]]
[[Kategori: Perkahwinan]]
 
[[en:Chinese marriage]]