Halim Saad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
==Keluarga==
Halim berkahwin dengan Noraini Zolkiffli pada 17 November 1979. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Nor Syahadah, 14, Muhammad Taqiuddin, 13, dan Nor Sabrina, 11 tahun. Mereka menetap di No. 8, Jalan 16/6, [[Petaling Jaya]] pada bulan Mei 1994 dan kini menginap di No. 9, Jalan Cerunan, [[Bukit Tunku]], Kuala Lumpur.
 
Pada Oktober 1995, mereka ke mahkamah bagi mengesahkan perceraian taklid .Pada 1997, Halim Saad berhadapan dengan tuntutan cerai daripada isterinya Noraini tetapi segera dinafikan.Peguam Syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Norani memaklumkan bahawa dua sapina telah dikeluarkan kepada Menteri Penerangan, Datuk [[Mohamed Rahmat]] dan seorang sahabat kepada bapa Norani, Ismail Awang.
<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_04.htm Halim Saad nafi ceraikan isteri]</ref>
 
==Renong==
Beliau adalah bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Renong Bhd yang satu ketika mengendalikan Projek Lebuh raya Utara-Selatan ([[PLUS]]) . Ekoran [[Krisis Kewangan 1997]], pegangan beliau dalam Renong terpaksa dilepaskan. Kolej Yayasan Saad di Melaka ditubuhkan sempena nama keluarganya di Melaka. Pada 2001, Halim Saad meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Renong Bhd berikutan pengambilalihan United Engineers (Malaysia) Bhd. (UEM) oleh Syarikat Danasaham Sdn. Bhd. (Danasaham).Turut meletak jawatan ialah Tan Sri [[Abu Talib Othman]], 62; Tun [[Mohammed Hanif Omar]], 62; Tan Sri [[Radin Soenarno Al-haj]], 69; Datuk [[Shamsir Omar]], 67, Datuk [[Abdullah Mohd. Yusof]], 62; [[Syed Zaid Syed Jaffar Albar]], 47; [[Michael Lim Hee Kiang]], 53 dan [[Lee Siew Choong]], 59. Dua pengarah yang dikekalkan ialah Datuk Dr. [[Ramli Mohamad]], 46 dan Pengarah Urusan Kumpulan, [[Ahmad Pardas Senin]], 48.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm UEM: Halim Saad, lapan pengarah letak jawatan]</ref>