Heckler & Koch: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rizuan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Rizuan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15:
 
'''Heckler & Koch''' atau ringkasnya '''HK''' adalah sebuah syarikat persenjataan yang tidak asing lagi daripada negara [[Jerman]]. Syarikat ini diasaskan daripada nama 2 daripada 3 orang sahabat iaitu Theodor Koch dan Edmund Hecklers manakala seorang lagi dikenali dengan nama Alex Seidel. Ketiga-tiga orang pengasas ini dahulunya merupakan jurutera di syarikat persenjataan ketika itu dikenali sebagai Mauser AG (AG – Aktiengesellschaft German). Theodor Koch dilahirkan pada 13 Mei 1905 di Stuttgart-Zuffenhausen dan meninggal dunia pada tahun 1976. Edmund Heckler - 2 Febuari 1906 hingga 1960 dan Alex Seidel atau nama sebenarnya Alexius Wilhelm Seidel dilahirkan pada 4 Julai 1909 dan meninggal dunia pada tahun 1989.
[[Imej:Heckler.jpg|thumb|right|300px|Edmund Heckler<br>1906 - 1960.]]
 
Ketiga-tiga jurutera tersebut telah menubuhkan syarikat kejuruteraan senjata untuk pengeluaran senjata anti-pertempuran udara yang bertempat disebuah gudang milik jabatan bomba di daerah Oberndorf, Jerman Barat dan dikenali dengan nama Heckler & Koch GmbH dengan jumlah pekerja seramai 140 orang.