Perbezaan antara semakan "Heckler & Koch"

68 bait ditambah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
'''Heckler & Koch''' atau ringkasnya '''HK''' adalah sebuah syarikat persenjataan yang tidak asing lagi daripada negara [[Jerman]]. Syarikat ini diasaskan daripada nama 2 daripada 3 orang sahabat iaitu Theodor Koch dan Edmund Hecklers manakala seorang lagi dikenali dengan nama Alex Seidel. Ketiga-tiga orang pengasas ini dahulunya merupakan jurutera di syarikat persenjataan ketika itu dikenali sebagai Mauser AG (AG – Aktiengesellschaft German). Theodor Koch dilahirkan pada 13 Mei 1905 di Stuttgart-Zuffenhausen dan meninggal dunia pada tahun 1976. Edmund Heckler - 2 Febuari 1906 hingga 1960 dan Alex Seidel atau nama sebenarnya Alexius Wilhelm Seidel dilahirkan pada 4 Julai 1909 dan meninggal dunia pada tahun 1989.
 
[[Imej:Heckler.jpg|thumb|right|300px|Edmund Heckler<br>1906 - 1960.]]
Ketiga-tiga jurutera tersebut telah menubuhkan syarikat kejuruteraan senjata untuk pengeluaran senjata anti-pertempuran udara yang bertempat disebuah gudang milik jabatan bomba di daerah Oberndorf, Jerman Barat dan dikenali dengan nama Heckler & Koch GmbH dengan jumlah pekerja seramai 140 orang.
 
==Pengenalan==
[[Imej:Heckler.jpg|thumb|right|300px|Edmund Heckler<br>1906 - 1960.]]
[[Imej:T.Koch.jpg|thumb|right|300px|Theodor Koch<br>1905 - 1976.]]
Syarikat Heckler & Koch ini mengeluarkan produknya berteraskan pengeluaran senjata api rekaan syarikat ini untuk dibekalkan kepada pasukan keselamatan negaranya iaitu Jerman dan beberapa negara-negara lain. Pada tahun 1956, pihak HK telah mengeluarkan satu produk terbaru untuk dibekalkan kepada pasukan infantri Jerman dikenali sebagai senjata raifal [[Heckler & Koch G3|HK G3]], merupakan produk yang pertama yang berjaya dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Ianya merupakan satu produk yang dimiliki oleh Tentera Darat Jerman atau didalam Bahasa Jerman dikenali sebagai ''Bundeswehr'' dan juga semua angkatan bersenjata diseluruh dunia. Raifal yang berkaliber 7.62 x 51 mm NATO pada mulanya adalah rekaan asal syarikat Mauser dan CETME dari Sepanyol dan direkasemula oleh HK. Seterusnya pada tahun 1966, HK mengeluarkan satu lagi produknya dikenali sebagai Machinenpistole 5 (Machine Pistol 5) atau MP5 yang popular kini digunakan oleh semua organisasi keselamatan termasuk pasukan elit dan penggunaan masih berterusan hingga sekarang. Senjata ini dipertingkatkan trend penggunaannya melalui pengubahsuaian beberapa komponen senjata bagi menjadikan sistem ini sebagai sistem persenjataan yang terbaik masa kini.
 
445

suntingan