Proton Saga: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
 
== Generasi pertama ==
{{Infobox Automobile generation
| boxcolor = red
| image = [[Imej:Protonsaga.jpg|250px|Proton Saga AeroBack]]
| name = Generasi pertama
| manufacturer = [[Proton (syarikat)|Proton]]
| production = [[1985]]–2008
| class = Kereta kompak
| platform = FF
| body_style = [[Sedan]] 4 pintu<br>[[Hatchback]] 5 pintu
| engine = ''[[Enjin Mitsubishi Orion|4G13]]'' [[4 sebaris|I4]] 1.3&nbsp;L <br>''[[Enjin Mitsubishi Orion|4G15]]'' [[4 sebaris|I4]] 1.5&nbsp;L
| transmission = [[Transmisi manual|Manual]] 5 kelajuan<br>[[Transmisi automatik|Automatik]] 3 kelajuan
| predecessor = Proton Saga Aeroback
| successor = [[Proton Wira]]
| related = 1983 [[Mitsubishi Lancer]]<br>[[Chery Cowin]]
| aka = Proton MPI
}}
{{utama|Proton Saga (Generasi pertama)}}
'''Proton Saga''' telah dilancarkan pada September 1985 oleh Tun Dr. [[Mahathir bin Mohamad]], [[Perdana Menteri Malaysia]] ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar<ref name="ismailjaafar">[http://www.youtube.com/watch?v=sSq2MYjRmgo&NR=1 First National Car Reborn] - dari YouTube.com, asalnya dari [[The Star]]. Dicapai pada 20 Januari 2008.</ref>, seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana [[biji saga]] amat mudah didapati di Malaysia.
 
Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian [[Jambatan Pulau Pinang]] pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin [[SOHC]] 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh [[Mitsubishi]] dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian [[transmisi automatik]] hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi [[hatchback]] pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.
 
Proton Saga mula dieksport di [[United Kingdom]] pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.
 
=== Proton Iswara ===
Pada tahun 1992, model ''facelift'' Proton Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai '''Proton Saga Iswara''', atau ''Proton Iswara'' yang dinamakan sempena spesis [[rama-rama]] di [[Sarawak]]. Model tersebut sangat popular di kalangan pemandu teksi dan ada di antaranya yang diubahsuai sebagai [[kenderaan gas asli]]. Di UK, model Iswara pula menggunakan sistem [[suntikan bahan api]] dan [[penukar bermangkin]] serta dinamakan sebagai Proton MPi.
 
=== Penamaan semula ===
Pada tahun 2001, Proton mengubahsuai sedikit bahagian luaran Iswara untuk menampakkan imej ''sporty'' dan model tersebut hanya boleh didapati dalam warna perak sahaja. Pada tahun 2003 pula, Proton sekali lagi mengubahsuai bahagian luaran Iswara dan bahagian dalamannya diberikan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta [[Lotus Elise]] dengan panel digital yang memuatkan tolok suhu, [[tolok bahan api]] serta [[odometer]]. Enjinnya juga ditala untuk menaikkan kuasa kudanya kepada 83 bhp. Model tersebut yang hanya didapati dalam pilihan enjin 1.3L dinamakan semula sebagai Proton Saga LMST.
 
== Generasi kedua ==