Australia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k kemaskini sebahagian
Aurora (bincang | sumb.)
Baris 96:
[[Wilayah-wilayah luar negeri British|Tanah Jajahan British]] di New South Wales bermula dengan penempatan [[Pelabuhan Jackson]] oleh Kapten [[Arthur Phillip]] pada [[26 Januari]] [[1788]]. Tarikh ini kemudian menjadi [[Hari Australia]], iaitu hari kebangsaan Australia. [[Tanah Van Diemen]], kini dikenali sebagai [[Tasmania]], diduduki pada tahun 1803 dan menjadi sebuah tanah jajahan yang berasingan pada tahun 1825. Britain menuntut secara rasmi bahagian barat Australia pada tahun 1829. Tanah-tanah jajahan yang berasingan ditubuhkan daripada bahagian-bahagian New South Wales: [[Australia Selatan]] pada tahun 1836, [[Victoria (Australia)|Victoria]] pada 1851, dan [[Queensland]] pada 1859. [[Wilayah Utara]] (NT) ditubuhkan pada tahun 1863 sebagai sebahagian Provinsi Australia Selatan. Australia Selatan ditubuhkan sebagai sebuah "provinsi bebas", iaitu kawasan ini tidak pernah menjadi sebuah tanah jajahan untuk hukuman. Victoria dan Australia Barat diasaskan dengan tujuan sedemikian juga, tetapi kemudian menerima banduan-banduan terangkut. Penghantaran banduan-banduan ke Australia dihentikan secara berperingkat-peringkat antara tahun 1840 dan 1868.
 
[[Fail:Endeavour replica in Cooktown harbour_msharbour.jpg|240px||thumbnail|Leftenan [[James Cook]] mencartakan pantai timur Australia di atas [[HM Bark Endeavour|HM Bark ''Endeavour'']] dan menuntut tanah ini untuk Britain pada tahun [[1770]]. Replika ini dibina di [[Fremantle, Australia Barat]] pada tahun 1988 bagi ulang tahun Australia ke-200; gambar ini diambil di [[Cooktown]], pelabuhan yang Cook menghabiskan masa tujuh minggu.]]
 
Jumlah penduduk orang asli Australia, yang dianggarkan di sekitar 350,000 orang pada masa penempatan Eropah, <ref>Smith, L. (1980), Jumlah penduduk orang asli di Australia, Percetakan [[Universiti Nasional Australia]], Canberra</ref> merosot dengan teruk selama 150 tahun menyusul penempatan, diakibatkan sebahagian besar oleh [[penyakit berjangkit]] bersama-sama dengan penempatan semula terpaksa dan perpecahan kebudayaan. [[Generasi Curian|Pemindahan kanak-kanak]] yang sesetengah ahli sejarah dan orang asli Australia menganggap sebagai suatu [[Konvensyen mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid|penghapusan bangsa]] mengikut sebilangan takrif, <ref>Tatz, C. (1999). ''[http://www.aiatsis.gov.au/rsrch/rsrch_dp/genocide.htm Genosid di Australia]'', Kertas Perbincangan Penyelidikan [[Kajian Institut Orang Asli dan Penduduk Kepulau Selat Torres Australia|AIATSIS]] No. 8, Institut Orang Asli dan Penduduk Kepulau Selat Torres Australia, Canberra</ref> mungkin merupakan antara sebab kemerosotan jumlah penduduk orang asli. Tafsiran-tafsiran sejarah orang asli ini telah dipertikaikan oleh sesetengah orang sebagai dibesar-besarkan atau diada-adakan atas alasan politik atau ideologi. <ref>Windschuttle, K. (2001). ''[http://www.newcriterion.com/archive/20/sept01/keith.htm# Mengada-adakan Sejarah Orang Asli]'', [[The New Criterion]], Jilid 20, No. 1, [[20 September]].</ref> Perdebatan ini dikenali di Australia sebagai [[Perang-perang Sejarah]]. Menyusul [[pungutan suara Australia, 1967 (orang asli)|pungutan suara 1967]], kerajaan persekutan memperoleh kuasa untuk melaksanakan dasar-dasar dan menggubal undang-undang mengenai orang-orang asli. Pemilikan tanah tradisi — [[hak milik tanah orang asli]] — tidak diakui sehingga kes [[Mahkamah Tinggi Australia|Mahkamah Tinggi]], ''[[Mabo lwn Queensland (No 2)]]'', menterbalikkan tanggapan bahawa Australia adalah sebuah ''[[terra nullius]]'' pada masa pendudukan Eropah.