Permatang Pauh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hang Li Po (bincang | sumb.)
RYBACK WWE (bincang | sumb.)
Pulau Pinang adalah sebuah negeri bertaraf Bandaraya selepas Bandaraya Kuala Lumpur
Baris 1:
'''Permatang Pauh''' merupakan sebuah bandarkawasan di [[Seberang Perai]], [[Pulau Pinang]], [[Malaysia]]. Dalam peta, ia terletak di 5.409151 Utara, 100.421004 Timur.
 
Permatang Pauh boleh dihubungi melalui beberapa lebuh raya seperti [[Lebuhraya Utara-Selatan]] dan [[Lebuhraya Butterworth-Kulim]]. Sungai Perai menjadi sungai utama di sini dan membentuk timbunan tanah lanar aluvium yang subur. Banjir kerap berlaku terutama pada bulan November - Januari setiap tahun. Air banjir melimpah di tebing-tebing sungai, kampung dan taman perumahan. Tanah aluvium sesuai ditanam dengan tanaman padi. Oleh yang demikian penduduk di sini terdiri daripada orang Melayu melebihi 58 % dan mengusahakan sawah padi. Di [[Bumbung Lima]], Seberang Perai terdapat pusat penyelidikan padi bagi menghasilkan benih padi bermutu dan menyelidik teknik sawah padi terkini.
 
Antara bandarkawasan berdekatan ialah [[Bukit Mertajam]], Kubang Semang, [[Seberang Jaya]], Permatang Pasir, Simpang Ampat, Perai, [[Butterworth]],pusat bandaraya[[Georgetown]],bandar Kulim dan Lunas.
 
Kampung tradisional banyak terdapat di Permatang Pauh dan kini dimajukan menjadi taman perumahan dan kawasan bandar. Antaranya ialah Kampung Permatang Ara, Permatang Rambai,Pengkalan Tambang, Kampung Kota, Bukit Jelutong, Sama Gagah, Kampung Bagan Lalang, Kampung Tanjung Putus, Kampung Teluk, [[Kampung Manggis]], Kampung Pokok Keras, Kampung Terus, Merbau Kudung, Kampung Nyior Sebatang, Kampung Padang Song son, Kampung Padang Kerai Kecil, Kampung Hutan Nibung, Kampung Belah Dua Kampung Besar, Kampung Bukit Pelanduk, Kampung Bukit Merah, [[Permatang Pasir]], Permatang Janggus, Permatang Berangan dan lain-lain.
Baris 25:
{{Pulau Pinang}}
 
[[Kategori:BandarKawasan di Pulau Pinang]]
 
[[en:Permatang Pauh]]