Perbezaan antara semakan "Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah"

tiada ringkasan suntingan
}}
 
'''Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah''' (lahir 15 Julai 1946) merupakan [[Sultan Brunei|Sultan]] dan [[Yang di-Pertuan Negara|Yang Dipertuan Negara Brunei]] ke-2930 dan Perdana Menteri pertama negara tersebut. Baginda juga adalah anakanda sulung kepada Sultan sebelumnya iaitu [[Sultan Omar 'Ali Saifuddien III|Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien III]]. Selain menjadi seorang Sultan dan [[Perdana Menteri]] [[Brunei]], baginda juga menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan Brunei dan Menteri Kewangan Brunei.
 
Baginda diangkat sebagai Putera Mahkota pada tahun 1961 dan ditabalkan sebagai sultan pada [[5 Oktober]] [[1967]], selepas ayahandanya turun daripada takhta dengan sukarela. Permaisuri baginda ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kedua-dua kerabat ini dikurniakan sebanyak enam orang putera puteri. Salah seorang dari putera baginda adalah pewaris kerajaan, iaitu DYTM Paduka Seri pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Pengiran Muda Mahkota bertemu jodoh dengan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, yang kemudiannya dikurniakan cahaya mata, YTM Pengiran Muda Abdul Muntaqim.
Pengguna awanama