Islam di Emiriah Arab Bersatu: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: {{terjemahan}} Lebih daripada 80 % penduduk UAE adalah bukan warganegara. Virtually all of the country's citizens are Muslims; approximately 85 % are Sunni a... |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 1:
Lebih daripada 80 % penduduk di [[Emiriah Arab Bersatu]] bukannya [[warganegara]]. Hampir semua warganegara di negara ini adalah orang [[Muslim]], dengan lebih kurang 85% daripada mereka terdiri daripada orang Muslim [[Sunah Waljamaah]] dan 15% yang tinggal merupakan orang Muslim [[Syiah]]. Orang-orang asing di sini sebahagian besarnya berasal dari [[Asia Selatan]] dan [[Asia Tenggara]], walaupun terdapat juga banyak yang datang dari [[Timur Tengah]], [[Eropah]], dan [[Amerika Utara]]. Walaupun tidak adanya statistik rasmi, pemerhati-pemerhati tempatan menganggarkan bahawa kira-kira 55% daripada jumlah penduduk asing terdiri daripada orang [[Islam]], 25% [[Hindu]], 10% [[Kristian]], 5% [[agama Buddha]], dan 5% yang tinggal (kebanyakan mereka tinggal di [[Dubai]] dan [[Abu Dhabi]]) terdiri daripada penganut-penganut agama yang lain, termasuk [[Parsi]], [[Bahai]], dan [[Sikhisme]].
Walaupun berbeza-beza antara satu [[emiriah]] sama lain, tahap kebebasan [[agama]] yang diberikan kepada penganut-penganut bukan Islam adalah lebih banyak di Emiriah Arab Bersatu, berbanding dengan [[Arab Saudi]] dan [[Qatar]]. Umpamanya, penganut-penganut bukan Islam di sini dibenarkan membuat penyembahan, walaupun tidak dibenarkan menarik orang ramai menjadi penganut baru. Terdapat juga banyak [[gereja]] dan [[sekolah]] [[Kristian]] yang besar di Emiriah Arab Bersatu, khususnya di [[Dubai]] dan [[Abu Dhabi]].
==
*[[Islam
{{Asia in topic|Islam di}}
|