William Leong Jee Keen: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ZéroBot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot menambah: zh:梁自坚
Pancungdayung (bincang | sumb.)
Baris 45:
 
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]] beliau mengalahkan calon dari [[Barisan Nasional]], Lee Li Yew dengan majoriti sebanyak 3,567 undi. Beliau memperolehi 30,701 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 27,134 undi.
 
==Kontroversi==
 
William Leong telah terbabit di dalam kontroversi kerana membenarkan Majlis Perbandaran Selayang merobohkan gerai milik peniaga kecil. Tuntutan dan rayuan para peniaga pelbagai kaum tidak diendahkan oleh William Leong dan beliau tetap dengan pendirian bahawa para peniaga tersebut tidak patut mendapat apa-apa pampasan. Oleh itu, satu demonstrasi telah diadakan oleh para peniaga yang gerai mereka telah dirobohkan tanpa sebab munasabah.<ref>ROSLAH OTHMAN. [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0216&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm "Peniaga tuntut pampasan"], ''[[Utusan Malaysia]]'', Selayang, 16 February 2012. Retrieved on 16 February 2013.</ref>
 
William Leong juga telah mencetuskan kontroversi apabila telah masuk ke dalam ruang solat Masjid at-Taqwa, Selayang Baru dan telah dibenarkan untuk memberikan tazkirah kepada kariah. Kariah yang terdiri daripada orang-orang PAS telah memberikan ruang kepada William untuk berucap dan menyampaikan ceramah. Ini mendatangkan kemarahan kepada majoriti umat Islam yang bimbang, sekiranya orang bukan Islam diberikan ruang untuk mencemar kesucian masjid, apakah yang akan terjadi kepada institusi berkenaan di masa akan datang.<ref>MOHD. ASRON MUSTAPHA. [http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0829&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm "Kesucian masjid terus dinodai"], Selayang, 28 Ogos 2012. Retrieved on 25 February 2013.</ref>
 
==References==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==