1 Mac: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MerlIwBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: nso:Hlakola 1
Aurora (bincang | sumb.)
Baris 15:
* [[1562]] - [[Perang Agama Perancis]] bermula dengan pembunuhan beramai-ramai [[Huguenot]].
* [[1565]] - Bandar raya [[Rio de Janeiro]] diasaskan.
* [[1811]] - Para pemimpin [[wangsa Mamluk]] dibunuh oleh raja [[raja Mesir]] iaitu [[Muhammad Ali dari Mesir|Muhammad Ali]].
* [[1845]] - Presiden [[John Tyler]] menandatangani rang undang-undang yang membenarkan [[Amerika Syarikat]] mengilhakkan [[Republik Texas]].
* [[1867]] - [[Nebraska]] menjadi [[negeri Amerika Syarikat]] yang ke-37; bandar Lancaster diberi nama baharu iaitu [[Lincoln, Nebraska|Lincoln]] dan dijadikan ibu negeri.
* [[1872]] - [[Taman negara]] yang pertama di dunia, [[Taman Negara Yellowstone]] diasaskan di A.S.
* [[1886]] - [[Sekolah Inggeris-Cina]] diasaskan oleh [[Biskop]] [[William Oldham]] di Singapura].
* [[1896]] - [[Empayar Habsyah|Habsyah]] menewaskan [[Kerajaan Itali (1861–1946)|Itali]] secara muktamad dalam [[Pertempuran Adwa]], mengakhiri [[Perang Itali-Habsyah Pertama]].
* [[1919]] - [[Pemerintahan Jepun di Korea]]: [[Gerakan 1 Mac|Gerakan Samil]] memulakan banyak [[bantahan]] aman di Korea, namun ditumpaskan dengan kejam oleh polis dan tentera [[Empayar Jepun|Jepun]].
* [[1932]] - Anak lelaki [[Charles Lindbergh]], [[Charles Augustus Lindbergh III]], diculik.
Baris 27:
* [[1947]] - [[Kumpulan Wang Antarabangsa]] (IMF) memulakan operasi kewangannya.
* [[1950]] - [[Perang Dingin]]: [[Klaus Fuchs]] dihukum atas kesalahan mengintip bagi pihak [[Kesatuan Soviet]] dengan mendedahkan maklumat rahsia [[bom atom]].
* [[1954]] - [[Bom hidrogen]] 15-[[padanan TNT|megatan]] diletupkan ''(gambar)'' di [[Atol Bikini]] di [[Lautan Pasifik]], dan mengakibatkan antara [[pencemaran radioaktif]] paling teruk yang disebabkan oleh [[ujian senjata nuklear]].
* 1954 - Pejuang kebangsaan [[Puerto Rico]] menyerang [[Kapitol Amerika Syarikat]], menyebabkan lima orang [[Dewan Perwakilan Amerika Syarikat|Wakil Rakyat]] cedera.
* [[1958]] - Kapal penumpang Turki ''[[Uskudar]]'' terbalik lalu karam di Teluk Izmit, [[Kocaeli]], Turki, menyebabkan sekurang-kurangnya 300 orang terkorban.
* [[1961]] - [[Presiden Amerika Syarikat]] [[John F. Kennedy]] menubuhkan [[Pasukan Khidmat Bakti]].
* [[1966]] - Penjelajah angkasa [[Soviet]] [[Venera 3]] terhempas di planet [[Zuhrah]], menjadi [[kapal angkasa lepas]] pertama yang mendarat di permukaan planet lain.
* [[1972]] - [[Wilayah Yasothon]] tercipta di Thailand apabila berpecah dari [[wiayah Ubon Ratchathani]].
* [[1975]] - [[Televisyen warna]] mula disiarkan di Australia.
* [[1992]] - [[Bosnia dan Herzegovina]] mengisytiharkan kemerdekaan daridaripada [[Yugoslavia]].
* [[1995]] - [[Perdana Menteri Poland]] [[Waldemar Pawlak]] meletak jawatan dari [[parlimen]] lalu diganti tempatnya oleh bekas [[komunis]] bernama [[Józef Oleksy]].
* [[2000]] - [[Perlembagaan Finland]] ditulis semula.
* 2000 - [[Hans Blix]] menduduki jawatan Pengerusi Eksekutif [[Suruhanjaya Pemantauan, Pengesahan dan Pemeriksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]] (UNMOVIC).
* [[2002 ]] - Mata wang [[euro]] menggantikan [[peseta]] selaku [[mata wang]] kegunaan Sepanyol.
* [[2012]] - [[Puting beliung Mac 2012|Letusan puting beliung]] di Barat Tengah dan Tenggara Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 40 kematian.
 
== Kelahiran ==