Pengurus: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dialihkan ke Pengurusan
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Pengurus''', mengikut takrifnya, ialah seorang yang mengurus. Kegiatan mengurus, mengikut [[Henri Fayol]], terdiri daripada lima tugas utama, iaitu:
#redirect [[Pengurusan]]
# [[Perancangan|merancang]]
# [[Pengaturan|mengatur]]
# [[Kepimpinan|memimpin]]
# [[Penyelarasan|menyeleraskan]]
# [[Pengawalan|mengawal]].
 
Menurut [[Mary Parker Follett]] pula, "pengurusan" ialah "seni untuk mencapai sesuatu matlamat melalui orang lain." Orang lain tersebut seringnya merupakan orang bawahan. Maka dengan takrif ini, seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang bawahan boleh dipanggil pengurus. Oleh itu, para [[eksekutif]], [[penyelia]], [[mandur]], dan sebagainya bolehlah dipanggil pengurus. Sebenarnya di [[Amerika Syarikat]], para mandur dan penyelia dirujuk sebagai ''front-line manager'' atau pengurus baris hadapan.
 
Bagaimanapun, di negara [[Malaysia]] dan banyak negara, pengurus merupakan salah satu [[pangkat]] yang lebih tinggi daripada para penyelia, mandur, mahupun eksekutif. Maka mereka tidak dianggap sebagai pengurus, walaupun mereka melakukan kegiatan-kegiatan mengurus. Sebaliknya, terdapat banyak pengurus yang tidak mengurus atau tidak tahu mengurus, umpamanya anak pemilik syarikat yang menjadi pengurus hanya kerana bapanya memilik syarikat. Selain itu, juga terdapat pekerja-pekerja lama atau pekerja-pekerja perintis yang menjawat pangkat pengurus melalui kenaikan pangkat dengan berjalannya masa atau sebagai ganjaran untuk kesetiaan mereka kepada syarikat. Golongan ini seringnya tidak mengurus tetapi masih bersikap seolah-olah mereka masih mengerjakan tugas lama. Tambahan pula, terdapat juga pengurus yang tidak mempunyai sebarang orang bawahan.
 
Oleh sebab terdapat dua takrif tentang istilah "pengurus", terdapatlah keadaan yang mana orang yang mengurus tidak dipanggil pengurus, manakala orang yang dipanggil pengurus tidak mengurus atau tidak tahu mengurus.
 
#redirect [[Kategori: Pengurusan]]
 
[[en:Management]]