Abdul Aziz bin Haji Jaafar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mueiemax (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Pau42 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Abdaziz ptl.jpg|thumb|right]]
Laksamana Dato' Sri '''Abdul Aziz bin Haji Jaafar''' dilantik sebagai [[Panglima Tentera Laut|Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia]] ke-15 pada 1 April 2008. Beliau yang dilahirkan di [[Sungai Udang]], [[Melaka]] pada 7 Mei 1956, menyertai [[TLDM]] pada bulan Disember 1974 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1977.
 
Beliau mempunyai rekod kerjaya yang unik kerana terpilih menjadi anak kapal pentauliahan sebanyak empat kali iaitu ketika pentauliahan kapal [[KD Paus]] (1976), [[KD Sri Indera Sakti]] (1980), [[KD Kasturi]] (1984) dan [[KD Laksamana Muhammad Amin]] (1999). Beliau juga telah dilantik menjadi pegawai memerintah sebanyak tiga kali iaitu KD Baung, KD Musytari dan akhir sekali korvet KD Muhammad Amin. Ketika di KD Muhammad Amin beliau juga bertindak sebagai ''Senior Officer Afloat'' atau Pegawai Kanan Armada.