Teman (siri TV): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 5:
*'''Ep 2''': Mimi dan Belinda tiba di [[Pulau Pinang]] dengan bantuan seorang kenalan Mimi, iaitu James. Antara tarikan pelancong yang dirasai mereka di situ ialah mengitari ibu negeri dengan menaiki [[beca]] dan melawat Rumah Peranakan. Mereka juga menjamu selera di tempat-tempat makan berikut, iaitu sebuah [[kopitiam]] lama, Slippery Senoritas Salsa Club and Restaurant (makanan gabungan tempatan dan Barat) dan Restoran Pen Mutiara (kari kepala ikan).
*'''Ep 3''': James sudi membawa Mimi dan Belinda balik ke Kuala Lumpur, namun mereka perlu berhenti di [[Ipoh]] dan kawasan sekitarnya untuk beberapa hari. Antara tempat-tempat yang dikunjungi ialah [[Lost World of Tambun]] (di mana mereka melihat "the Needle of Tambun" dan sesi menyuap [[anak harimau]]); [[air terjun]] [[Lata Kinjang]] (salah satu lokasi rakaman [[filem Puteri Gunung Ledang]]). Selain itu mereka dapat bertemu dengan ibu saudara Belinda di Ipoh.<br>Sebelum kembali ke Kuala Lumpur mereka menjamu selera dengan [[pau]] di [[Tanjung Malim]].
*'''Ep 4''': Ketika menghampiri Kuala Lumpur, James tiba-tiba bercadang untuk membawa Mimi dan Belinda ke [[Melaka]]. Belinda asalnya membantah tetapi akhirnya sedar bahawa hari itu hujung minggu, lalu setuju tanpa was-was. Mereka melawat [[Taman Tema A'Famosa]] di mana mereka menikmati taman haiwan, taman koboi dan pawagam [[4D]]. Seterusnya mereka mengalami nostalgia di [[Muzium Warisan Baba dan Nyonya]] dan kedai [[baju kebaya]] Nyonya Heritage di Jalan Tun Tan Cheng Lock. Antara sajian yang dinikmati pula ialah [[cendol]] dan [[laksa]] Nyonya di Jalan Jonker. Di sini juga mereka menemui kenalan James, Jihan yang menjemput mereka bertiga untuk bermakan malam.
*'''Ep 5''': Destinasi seterusnya Mimi, Belinda dan James ialah [[Kuala Terengganu]] sebagai tugasan yang diberi oleh majikan Belinda kepada orang bawahannya itu. Di bawah panduan seorang pembantu pelancong bernama Zul, antara tempat-tempat menarik yang dilawati mereka ialah [[Pasar Payang]], kawasan [[industri desa]] termasuk pembinaan perahu dan pembuatan [[keropok lekor]], [[pokok cengal]] tertua di Malaysia, [[Lake Kenyir]] dan [[Masjid Tengku Tengah Zaharah]].
*'''Ep 5''':
*'''Ep 6''': Mimi, Belinda dan James dibawa oleh Zul ke [[Kota Bharu]], [[Kelantan]] di mana mereka mengunjungi [[Pasar Siti Khadijah]], Kampung dan Muzium Kraftangan, kilang [[batik]] [[Kampung Paloh]], pertunjukan [[wayang kulit]] dan [[mak yong]] di Sri Cahaya Kampung Laut, serta [[berhala]] [[Buddha]] berbaring terbesar di [[Asia Tenggara]].
*'''Ep 6''':
*'''Ep 7''': Mimi dan Belinda kembali ke [[Lembah Klang]] untuk menghabiskan percutian mereka. Di sana mereka bertembung dengan seorang kenalan Bel yang sedang menjalani penggambaran bagi Cleo's 50 Most Eligible Bachelors. Aktiviti yang dijalankan mereka di sekitar Lembah Klang ialah [[paintball]], memburu hantu di kawasan perkuburan Cina dan menaiki [[Eye of Malaysia]]. Mereka menginap di KL Hilton. Dalam episod ini, adalah diketahui bahawa Belinda tercicir [[kamera video]]nya bersama James maka James terpaksa ke ibu kota untuk memulangkannya; dia memasuki bilik inapan kedua-dua wanita ini ketika mereka tiada.
*'''Ep 7''':
*'''Ep 8''': Mimi dan Belinda masih di Lembah Klang, kali ini dimulakan dengan beristirahat dan meluncur ombak di pantai buatan manusia di [[Sunway Lagoon]]; diikuti dengan menyelam bersama [[ikan jerung]] di [[Aquaria KLCC]], berurut di Clark Hatch Spa di KL Hilton, membeli-belah kelengkapan berteknologi tinggi di [[Plaza Low Yat]], serta membeli-belah di [[the Curve]].<br>James akhirnya menemui kedua-dua wanita ini dan menyatakan perihal kamera video Belinda. Untuk mengakhiri percutian selama 20 hari ini, mereka bermakan malam di Restoran Rahsia.
*'''Ep 8''':
 
==Pautan luar==