Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 4:
 
==6 Disember 1941==
Pada hari Sabtu, 6 Disember 1941, pegawai-pegawai [[Tentera Lautlaut Amerika Syarikat]], yang membawa perutusan penting, masuk ke persidangan di [[Manila]], [[Filipina]] antara [[Laksamana]] [[Thomas C. Hart]], pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (''U.S. Asiatic Fleet''), dan Laksamana [[Thomas Phillips|Sir Thomas Phillips]], komander [[Tentera Laut British]], Timur Jauh.
 
Sebuah pesawat peninjau ''[[Lockheed Hudson]]'' [[Australia]] yang berpangkalan di lapangan terbang [[Tanah Melayu]] terjumpa konvoi Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah [[kapal tempur]], lima buah [[penjajap]] dan tujuh buah [[kapal pembinasa]] (Ramshaw tersilap melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya, kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah [[Thailand]] yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu.