Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kucingbiru13 (bincang | sumb.)
Kucingbiru13 (bincang | sumb.)
Baris 51:
 
Mengikut portal berita [[Philippines Daily Inquirer]], terdapat banyak lagi pihak yang mengaku sebagai Sultan Sulu. Terdapat dua lagi individu yang mengaku sebagai keturunan Sulu yang ke-35. Fuad Kiram dan Muedzul Lail Tan Kiram juga mengaku sebagai Sultan. Kedua-duanya adalah sepupu kepada Jamalul Kiram III yang sedang melancarkan serangan terhadap Malaysia. Fuad Kiram adalah anak kepada Sultan Esmail Kiram I (1950-1974) yang menyatakan bahawa beliau telah dilantik oleh pembesar-pembesar Sulu yang lain. Muedzul pula mengatakan bahawa beliau merupakan Sultan Sulu yang sebenar kerana bapanya Sultan Ampun Mohammad Mahakuttah Kiram (1974-1986) telah diiktiraf sebagai Sultan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos.<ref>Allan Afdal Nawal. [http://newsinfo.inquirer.net/364955/2-more-claim-to-be-real-sultan-of-sulu "2 more claim to be real sultan of Sulu"], ''[[Philippines Daily Inquirer]]'', Digos City, 26 February 2013. Retrieved on 5 Mac 2013.</ref>
 
=== Penglibatan "Sultan-sultan Sulu" dalam politik ===
Mengikut satu laporan yang dibuat oleh Manila Times, penglibatan terhadap politik akan menjadikan tuntutan kepada takhta oleh individu-individu tersebut terbatal. Ini mengikut sistem kerajaan Sulu yang dipegang oleh kesemua penuntut takhta. Jika mana-mana penuntut takhta Sulu terlibat dalam politik, maka tuntutan mereka terhadap takhta akan terbatal.
 
Walaubagaimanapun, boleh dikatakan kesemua penuntut takhta telah secara langsung melibatkan diri dalam politik Filipina dan Malaysia. Datuk Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad adalah seorang ahli UMNO Sabah, manakala Muedzul-lail pula pernah bertanding pada tahun 1997 di kawasan [[Barangay Kagawad]] dan kalah. Jamalul Kiram (yang menjadi pencetus krisis Lahad Datu pula pernah bertanding pilihanraya atas tiket parti Presiden [[Gloria Macapagal-Arroyo]] pada tahun 2007 namun kalah.<ref> Julmunir I. Jannaral. [http://www.manilatimes.net/index.php/special-report/42565-sultan-fuad-kiram-is-the-true-and-legitimate-sultan-of-sulu "Sultan Fuad Kiram is the true and legitimate Sultan of Sulu", ''[[The Manila Times]]'', Darul Jambangan, 2 March 2013. Retrieved 5 March 2013.</ref>
 
=== Sekatan ===