Perbezaan antara semakan "Tasik Kenyir"

52 bait ditambah ,  7 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k
k
'''Tasik Kenyir''' yang terletak di hulu [[Sungai Kenyir]], [[Terengganu]] merupakan [[tasik]] terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa [[elektrik]] di [[Asia Tenggara]]. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.
 
Semenjak kewujudan [[empangan]] di sini, kawasan sekitarnya terutama [[Kuala Berang]] telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
 
[[File:Tasik_kenyir.jpeg|thumb|left|Tasik Kenyir]]
 
Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan [[jagung manis]]nya telah menaikkan nama bandar [[Kuala Berang]] di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.
4

suntingan