Mencari dan menyelamat: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
(Laman baru: '''Mencari dan Menyelamat''' atau '''Search and Rescue''', merupakan satu kegiatan dan usaha mencari, menolong, dan menyelamatkan nyawa manusia yang hilang atau dikhuatiri hilang atau be...)
 
Tiada ringkasan suntingan
Sekiranya melibatkan bencana alam, operasi M&M merupakan salah satu unit yang bertindak pantas dalam operasi menyelamatkan mangsa bencana alam. Unit tersebut terdiri daripada pencegahan ''(mitigasi)'' , persediaan ''(preparedness),'' tindakbalas ''(response)'' dan pemulihan ''(recovery),'' dimana operasi M&M merupakan bahagian dari tindakan pantas menyelamat jiwa manusia.
 
Dalam bidang pelayaran dan penerbangan, segala aspek yang meliputi operasi ini termasuklah aspek keselamatan dan situasi keadaan yang telah diatur oleh badan antarabangsa IMO dan ICAO melalui konvensyen antarabangsa. Sebagai yang melaksanakan operasi M&M, penerbitan [[IAMSAR Manual]] yang merupakan latihan bagi negara anggotanya dalam perlaksanaan operasi M&M untuk melakukan pelayaran dan penerbangan. Untuk menyeragamkan tindakan agar ianya boleh dicapai dengan hasil yang maksima maka sistem M&M ''(sistem Mencari dan Menyelamat)'' ditubuhkandigunakan bagi ianya perlu difahami oleh semua pihakagensi yang terlibat.
 
Operasi M&M ini banyak melibatkan agensi keselamatan baik dari pasukan tentera, polis, bomba, agensi keselamatan awam dan sebagainya. Demikian juga sesuai dengan pengorganisasian IMO dan ICAO di setiap negara wajib melaksanakan operasi M&M. Institusi yang bertanggungjawab dalam operasi M&M disetiap negara sesuai dengan sebarang insiden yang berlaku di dalam sesebuah negara. Di Malaysia, agensi-agensi yang terlibat dalam operasi tersebut terdiri daripada JPA3 atau Jabatan Pertahanan Awam 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah, Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada SMART serta semua cawangan dalam organisasi PDRM. Selain dari operasi mencari dan menyelamat dalam sebarang bencana yang melibatkan penerbangan, pelayaran dan bencana alam, operasi ini juga sesuai digunakan oleh mana-mana [[Pasukan elit|pasukan elit]] sekiranya terjadi sebarang insiden tebusan yang mana nyawa tebusan perlu diselamatkan dari hujung laras senjata pihak musuh. Operasi perlu dirancang dengan teliti sebelum fasa serbuan dilakukan bagi mengelakkan sebarang ancaman yang tidak diingini yang dilakukan oleh musuh yang menggunakan tebusan bagi melindungi dirinya.
 
[[Kategori:Penguatkuasaan undang-undang di Malaysia.]]
Pengguna awanama