Fullmetal Alchemist: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 57:
*'''King Bradley''': Dikenali sebagai Führer, dia merupakan diktator tentera negara Amestris yang memgang jawatan politik rasmi Presiden (King ialah nama sendirinya). Walaupun kelihatan kurang serius dan sedikit ganjil kelakuannya, dia mempunyai akal bagaikan jerat keluli, dan melindungi Amestris ialah keutamaanya setiap masa. Dia juga dikenali sebagai pemedang yang luar biasa kemahirannya.
===Watak jahat utama===
*'''Scar (Lelaki berparut)''': Salah seorang berbangsa Ishbal yang masih hidup. Nama sebenarnya tidak diketahui langsung, tetapi dia dikenali dengan gelaran "lelaki berparut" kerana parut berbentuk huruf X pada dahinya. Parut ini telah dibuat oleh Crimson Alchemist, seorang Alchemist Negara sewaktu peperangan di Ishbal. Lengan kanannya yang ditatukan dengan bulatan penukaran yang jarang ditemui, dikurniakan kepadanya oleh abangnya sebelum meninggal dunia. Scar percaya dirinya merupakan alatan Tuhan, dan membunuh State Alchemist menggunakan kemahiran alkimianya, kerana dia percaya bahawa alkimia ialah satu penentangan kepada alam semulajadi.
*'''Homunculi'''
**'''Lust''': Homunculus yang berwajah hangat tetapi berhati lembut ini ialah Homunculi yang pertama untuk muncul dalam siri ini. Dia mempunyai kuasa mengembangkan jarinya menjadi tombak dalam sekelip mata sebagai senjata.
**'''Gluttony''': Homunculus berbadan sasa yang memakan apa-apa sahaja yang dia boleh dapat, termasuk manusia dan benda yang tidak bernyawa. Dia rapat dengan Lust bagaikan seorang anak kepada induknya.
**'''Envy''': Homunculus yang bersifat suka menyindir, sadis dan dingin ini mempunyai kebolehan mengubah rupanya. Dia benci terhadap manusia yang dipandangnya sebagai berkeadaan menyedihkan dan lemah. Envy sebenarnya berjantina lelaki tetapi wajahnya seakan-akan [[androgyni|tidak tentu jantinanya]].
**'''Wrath''': Homunculus merupakan hasil daripada penukaran manusia oleh Izumi, guru Edward dan Al. Dia memakai tangan dan kaki Edward lalu membolehkannya menggunakan Alkimia.
**'''Sloth''': Homunculus ini tercipta dari proses penukaran manusia oleh adik-beradik Elric dalam cubaan untuk menghidupkan ibu mereka, Trisha. Dia memiliki rupa yang serupa dengan ibu mereka dan sentiasa dihantui dengan memori silam Trisha. Dia percaya dengan membunuh adik-beradik Elric , segala memori silam itu dapat hilang. Pada akhir cerita, Edward membunuh Homunculi ini dengan menukar komposisi bahan dalam tubuh Sloth iaitu air kepada [[ethanol]]. Ini menyebabkan badan Sloth menyejat dengan cepat dan hilang.