Majlis Belia Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 12:51, 1 Oktober 2003

Majlis Belia Malaysia

Pada 23 Julai 1948, pertemuan seramai 75 orang wakil-wakil pertubuhan di Victoria Institution telah membuka laluan kepada penubuhan Majlis BElia Malaya. Ekoran dari penubuhan Jawatankuasa Khas Sementara Belia ini, Abdul Razak Hussein (Tun) dan Tengku Jaafar telah mewakili Tanah Melayu di Persidangan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) di Brunei. Bermula dari itulah WAY telah mengiktiraf MBM (sementara) sebagai Jawatankuasa Kebangsaan baginya di Tanah Melayu.

Perwakilan belia yang bersidang pada Julai 1948 telah membincang dan berusaha menubuhkan Majlis Belia Negeri dan Settlements. Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dn Province Wellesly telah ditubuhkan pada 17 November 1948 dan merupakan Majlis Belia Negeri yang pertama di Tanah Melayu.

Majlis Belia Malaya telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang setelah perlembangaannya diterimapakai. Mesyuarat Agung pertama telah diadakan dengan kehadiran badan-badan gabungan iaitu Majlis Belia Negeri. Pada tahun 1951, Kerajaan telah mengiktiraf Majlis Belia Malaya sebagai Majlis Belia Kebangsaan bagi pertubuhan belia di negara ini.


1951 - 1955 F.C. Arulnandum 1955 - 1957 Syed Hashim Abdullah 1958 - 1961 Sardon Haji Jubir 1964 - 1965 Syed Kamaruddin Syed Bahaldin 1968 - 1972 Tunku Abdullah Ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman 1972 - 1976 Anwar Ibrahim 1976 - 1980 Mohd Azaham Wahab 1980 - 1981 Rani Ibrahim 1981 - 1982 Roger Dunstan 1982 - 1986 Mohd Tajul Rosli Mohd Ghazali 1986 - 1998 Hassan Malek 1998 - 1990 Mohd Ali Mohd Rustam 1990 - 1992 Abang Yusof Abang Haji Abdul Razak 1992 - 1994 Fuad Dato' Haji Hassan 1994 - 1998 Suhaimi Ibrahim



Sumber : http://arkib.gov.my/bm/programkhas/kisahsejarah1.htm