Notasi bahagian per: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
SyahirSQRT2 (bincang | sumb.)
 
Baris 13:
Oleh itu, [[hasil bahagi|hasil-hasil bahagi]]nya adalah [[pekali|pekali-pekali]] bernombor tulen dengan nilai positif kurang daripada 1. Apabila notasi bahagian per bersama-sama simbol [[peratus]] (%) digunakan dalam prosa biasa (berlawanan dengan pernyataan matematik), ia masih lagi kuantiti tanpa dimensi bernombor tulen. Namun, ia biasanya mengambil erti kata "bahagian per" secara harfiah, iaitu sebagai nisbah perbandingan (contohnya, "2 ppb" biasanya difahami sebagai "2 bahagian dalam sebilion bahagian").<ref name="BIPM">BIPM: [http://www.bipm.org/en/si/si_brochure/chapter5/5-3-7.html 5.3.7 ''Stating values of dimensionless quantities, or quantities of dimension one]''</ref>
 
Notasi bahagian per boleh dinyatakan untuk sebarang unit dengan ukuran yang sama. Contohnya, [[pekali pengembangan terma]] untuk aloi [[loyang]] tertentu, ''α'' = 18.7 ppm/°C, boleh dinyatakan sebagai 18.7 ([[mikrometer|µm]]/m)/°C atau 18.7 (µ[[inci|in]]/in)/°C; nilai nombor yang menyatakan perkadaran relatif tidak berubah dengan adanya unit-unit ukuran berbeza.<ref group=nota>Dalam kes pekali pengembangan terma ini, pengubahan unit kepada unit inci (salah satu daripada [[Unit kelaziman Amerika Syarikat|unit-unit kelaziman A.S.]]) biasanya diikuti dengan pengubahan kepada [[Fahrenheit|darjah Fahrenheit]]. Oleh kerana selang suhu Fahrenheit hanyalah <sup>5</sup>⁄<sub>9</sub> daripada selang suhu Celsius, nilai ini biasanya dinyatakan sebagai 10.4&nbsp;(µin/in)/°F berbanding 18.7&nbsp;(µin/in)/°C.</ref> Serupa juga halnya dengan [[pam bermeter|pam-pam bermeter]] yang menyuntikkan sejumlah kecil bahan kimia ke dalam talian pemprosesan utama pada kadar aliran berkadaran ''[[Aliran isipadu|Q]]<supsub>p</supsub>'' = 125 ppm; ia melakukan yang demikian pada kadar yang boleh dinyatakan dalam pelbagai unit isipadu, termasuklah 125 µL/L, 125 µ[[gelen|gal]]/gal, 125 cm<sup>3</sup>/[[Meter padu|m<sup>3</sup>]], dan lain-lain.
 
Bahagian per sejuta juga adalah satu ukuran [[anjakan kimia]] dalam [[spektroskopi resonans magnet nuklear]] dan melambangkan perbezaan frekuensi dalam bahagian per sejuta daripada frekuensi rujukan (isyarat).