'''Huminodun''' merupakan nama kepada anak perempuan dewa ''[['Kinoingan]]''' yang telah mengorbankan dirinya kepada semangat [[bumi]] sebagai balasan untuk hasil tanaman yang lumayan untuk umat manusia. Satu ketika dulu, kaum kadazan dusun mengalami bencana kebuluran kerana tidak ada sumber makanan.Kinoingan berasa belas terhadap kesengsaraan kaum Kadazandusun dan telah mengorbankan Huminodun dan jasadnya disemadikan di bumi lalu tumbuhlah sebagai sejenis tumbuhan iaitu padi dan dari situlah suku kaum Kadazandusun mendapat sumber makanan. Dipercayai juga jelmaan semangat [[Huminodun]] telah hidup kembali sebagi [[Unduk Ngadau]] dari dalam [[Kaakanan]], selepas tujuh hari dia dikorbankan.
Jasa Huminodun diingati dalam perayaan [[Tadau Kaamatan]] yang diadakan setiap tahun bagi meraikan hari tuaian.